Monday, May 28, 2012

kurma oh kurma

kurma dah semakin nak masak. kebanyakan dah mula bertukar warna kuning. ada juga kurma yang berwarna merah tak pasti kurma jenis apa. kawan kata yang merah lagi sedap. inshaAllah bulan depan dah boleh merasa.

20/5/2012
yang ni pokok di kawasan sekolah.
cantik-cantik kurma kat sekolah sebab tukang kebun dok jaga.



4/5/2012 
ini pokok kurma di luar kelab. pokok dia rendah, boleh saja petik.


22/4/2012
pokok kurma yang di atas bukit belakang rumah.
agak tinggi kalau nak ambik kena panjat tangga.



Friday, May 11, 2012

nutella and banana toast


sarapan hujung minggu. bakar roti, sapu nutella, tempek pisang dari Salalah

tak jumpa la nasi lemak bungkus, kuih ka, roti canai ka ...

kat sini pisang selalunya dari philipine dan yang tempatan dari salalah. kalau nak tau salalah ni cuaca dia macam kat malaysia. tak akan jumpa pokok kurma! yang banyak pokok kelapa dan pisang ... bila la nak sampai salalah.

paling best nak pi salalah masa cuti summer. lari dari cuaca panas yang melampau. dengar kata tahun lepas sampai cecah 56C. hangit kau!! jauh tak jauh salalah dari muscat lebih kurang  8 - 12 jam kalau drive. banyak tempat boleh singgah sebelum sampai salalah. kalau terbang 2 jam.

dah sampai nanti boleh la story lebih ya ... la ni kita berangan dulu ... :)

Friday, May 4, 2012

weekend activity


cuti hujung minggu di sini ialah khamis dan jumaat. selalunya petang khamis kami akan ke kelab. budak-budak ni suka main air. kalau tak ke pool nak ke beach. dalam kelab ni lengkap dengan swimming pool, ada playground dan private beach. lepas puas swimming selalunya kami terus dinner kat kelab. yang ni tak boleh buat selalu, mahai makan kat kelab.

kelas renang untuk sekolah juga di adakan disini. sekolah sebelah kelab saja.
budak-budak jalan kaki dari sekolah ke pool.

 


playground yang bersambung dengan pantai


adam dok kutip seaweed
 siap pakai baju sukan sk setiawangsa

amaran obor-obor. kalau bendera ni naik 
kena hati-hati masa main kat pantai

kalau terkena ni sendiri mau ingat ... :)

selalunya petang jumaat kami suka lepak kat pantai, tak pun kami panjat bukit kat depan apartment tengok pemandangan sekitar sambil-sambil tu dok pi check kurma kat atas bukit tu dah masak ka belum .. hehehe belum masak lagi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...