Friday, April 27, 2012

try test makanan arab

jom tengok apa yang kami dah cuba di sini ...

yang ini namanya Kushari sejenis makanan sayuran yang berasal dari Egypt. campuran pasta, kekacang dan nasi. di makan dengan sos tomato. rasa dia sangat plain. kami kena makan dengan sambal ikan bilis baru jalan hehehe budak-budak tolak tepi semua kacang :) harga RO1.750/kg lebih kurang RM 13.80/kg
 

nasi ayam mandhi. kawan baru dari indonesia belanja. satu dulang (set) ni untuk empat orang makan. ada salad dan sup. teh free! rasa dia sama macam nasi mandhi di restoren saba di KL. kawan-kawan jangan jealous kalau teringin boleh pi restoren saba.


tapi kami makan ni di restoren wadi hadramout di muscat bukan di KL ya hehehe sama ek nama ...


halwa maskat ni beli siap di supermarket. agaknya ibu negara oman (muscat) di namakan sempena manisan ni ... tak berapa manis sangat rasanya. halwa maskat yang penang punya pun dah tak ingat rasa dia macamana. dah lama sangat tak jumpa halwa maskat ni. satu bekas OMR 1.450 / RM 11.50


yang ni pula manakish iaitu sejenis roti nipis dari lubnan. topping dia zaatar iaitu campuran herba terpilih seperti oregano, basil, thyme di campur dengan minyak zaitun, bijan, sumac dan garam. sedap rasa dia. anak-anak cukup suka walaupun rupa dia kurang ..... OMR 0.355 lebih kurang RM 2.65


yang ni manakish cheese. harga sekeping OMR 0.505 dalam RM 4.00

20 comments:

  1. assalam Mala
    alhamdulillah ni mesti kenyang dgn masakan arab he he hubby akak duk bgtau makanan kat sana sedap2
    gak, memang kenyang he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam sara, alhamdulillah hehehe mmg kenyang. portion kat sini mmg banyak. kena la datang middle east utk merasa makanan arab. mmg sedap2 belaka

      Delete
  2. Salam Mala. kushairi mmg popular di Mesir dan betul rasanya mmg betul plain sgt...kena ubah suai sosnya, baru boleh mkn.nasi mandhi dah jadi favorit skrg....

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam mamsya, kan? kushairi tu kena tambah sos ke apa ke baru ada rasa.

      Delete
  3. wehhh..... hang tapau la kasi aku rasa sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak basi, boleh saja aku tapau baik KL nanti :)

      Delete
  4. salam mala.

    nama hadramaout tu glam ye.kt kl pun ada,sna pun ada.wah lepas ni lidah tu kena kasi tukar lah pulak perisanya.hihi...nasi mandi tu mmg sorang makan tak habiskan.portion kat sini pun bsr.tapi berbaloilah klu nak mkn ramai.brp currency converter sana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam ca, kebetulan la pulak sama. dah keluar kedai baru perasan hahaha. rate sekarang lebih kurang OMR1 = MYR7.90

      Delete
  5. salam Mala, sedap nya nampak nasi tu kalau dpt makan alangkah gumbira nya ni tapa daya jauh bebeno ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kak noor nak mai cuti di oman boleh saja ... boleh kami bawak pi mkn

      Delete
  6. Assalam kak, syoknya dok sana senang sgt nak cari mkn halal kan..kami kat sini susah dan tak byk pilihan pun.nak tak nak kena msk sendiri jugalah kalau nk mkn:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam, alhamdulillah senang nak makan-minum kat sini.

      Delete
  7. Halwa maskat ni selalu mkn masa damit dulu..moyang aku buat ... kira mcm candy org tua tua..kalau budak2 dgn gula-gulanya.. kalo version oman ni terasa rempahnya kan.. aku kureng sikit..bagus la ko mala try test foodies sana.. La ni hang dok kira sifir 7 naa..aku ni masih sifir 2 ja B-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku dah tak ingat mcmana rasa halwa maskat cuma tau manis saja la. yang sini punya mmg ada rempah sikit (tak banyak).

      pandai dah sikit2 sifir 7 hahaha. masa hang dulu sifir 10 apa? lagi senang nak kira kot hehehe

      Delete
  8. oo...dek kerana dok di sp..nasi mandi dan maskat aja yg pernah dgr dan rasa..
    yg lelain tu, nama pun tak pernah dengar..hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi anim, betul la ... bukan main lagi nama. ada rezeki datang middle east nanti boleh merasa makanan arab.

      Delete
  9. Assalam Mala,

    salam kenal.

    baru malam tadi makan Nasi Mandi dalam dulang tu kat Zam - zam Resto.

    visit me here ye..

    http://yan-yanjournal.blogspot.com/

    ReplyDelete
  10. salam Mala...mst puas makan mkanan arab kan..

    tetiba teringin lak nk makan...
    lama da x makan...=))

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam aine, mmg puas la merasa makanan arab kat sini. nak duduk 4 thn kat sini. lama2 nanti jemu jugak la nanti :)

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...