assalamualaikum
pejam celik dah seminggu kami di oman. kali ni kita share gambar rumah transit. setiap staff yang baru sampai akan di tempatkan terus di rumah transit sampai la dapat rumah tetap. penempatan ikut la brapa orang dalam keluarga dan juga availability.
ni lah rumah transit kami di sini. rumah kami di tingkat atas. apartmen dua bilik tidur, dua bilik air. ada satu cerita tentang bilik air rumah ni. lantai bilik air tak ada saluran lubang untuk air mengalir keluar. pelik betoi! bilik air di master bedroom ok lagi sebab showernya dalam bathtub. air mengalir ikut saluran bathtub tapi bilik air yang lagi satu ni tak ada bathtub cuma shower. budak-budak ni kalau guna sinki atau mandi biasa la air mesti terpercik ke lantai. so, lantai bilik air sudah bertakung air dan berbau!!
sampai sini dulu. nanti kita cerita lagi. btw, weekend sini khamis dan jumaat
until then take care.
pejam celik dah seminggu kami di oman. kali ni kita share gambar rumah transit. setiap staff yang baru sampai akan di tempatkan terus di rumah transit sampai la dapat rumah tetap. penempatan ikut la brapa orang dalam keluarga dan juga availability.
ni lah rumah transit kami di sini. rumah kami di tingkat atas. apartmen dua bilik tidur, dua bilik air. ada satu cerita tentang bilik air rumah ni. lantai bilik air tak ada saluran lubang untuk air mengalir keluar. pelik betoi! bilik air di master bedroom ok lagi sebab showernya dalam bathtub. air mengalir ikut saluran bathtub tapi bilik air yang lagi satu ni tak ada bathtub cuma shower. budak-budak ni kalau guna sinki atau mandi biasa la air mesti terpercik ke lantai. so, lantai bilik air sudah bertakung air dan berbau!!
ni pulak ruang makan bersama kabinet buku
bersambung sekali dengan ruang tamu dan meja komputer gambar bawah ni.
yang ini pulak dapur serba putih lengkap dapur, peti ais dan mesin basuh.
semua ada la coffee and tea set, gelas, periuk, cerek, pots and pan, cutlery. seterika dengan ironing board di pinjamkan juga. semuanya pinjam la dah dapat rumah tetap nanti tak boleh usung sekali kang kena potong gaji :)
sampai sini dulu. nanti kita cerita lagi. btw, weekend sini khamis dan jumaat
until then take care.
CANTIK RUANG DAPUR TU.. BERSIH JER.. WARNA PUTIH...
ReplyDeletekalau dir brunei dulu pun macam ni jgk mmg putih ja semua. bila orang dah keluar nanti dia cat balik, tukar apa yg patut pun putih jugak ..
DeleteNnpk selesa jer kan...
ReplyDeleteKaler putih nnpk bersih , kemas dan luas...
alhamdulillah selesa la utk famili kecik kami ni ... lagi pun dekat dgn club jalan kaki ja
Deletenice..
ReplyDeletennti rumah-tak-transit misti lg nice.. :)
hang dh masak pa kat dapoq putih tuuuu
dah tengok a few houses semlm semuanya 3 tingkat. dah rasa longgar kepala lutut :)
Deleteaku baru goreng telur dna masak nasik!! hahaha
kak mala..wah, dh jd warga oman rupa2nya. semoga cepat adapt dgn tempat baru =)
ReplyDeletecantik sgt dapur tu! suke!
ps: kak, rasanya mmg bilik air jarang ada lubang drain tu. umah tun kat NZ dulu pun mcm tu jugak. sbb dieorg x macam kita selalu guna wet bathroom. kene letak kain atas lantai n mandi ayu2 gitu supaya air x terkeluar dr tempat shower.
salam tun, alhamdulillah masih adjusting lagi. kisah bathroom tu aduhai. mmg renyah jadi nya. dah la kita kelengkapan dapur tak lengkap lagi. mmg guna towel kecik utk lap. budak2 tu nak suruh mandi ayu-ayu, hampeh! hehehe
DeleteAssalammualaikum,...singgah ziarah org Oman.semoga segala urusan dipermudahkan:)
ReplyDeletewalaikumsalam, terim kasih inshaAllah itu yang di harap2kan sangat sekarang. urusan sekolah, rumah, kereta dan lesen yg belum selesai.
Deletewowwww..bestnya kak mala...semoga cepat dapat sesuaikan diri dengan cuaca dan cara hidup masyarakat kat sana...tetiba teringat kambing golek!
ReplyDeletedouble wow! hehehe nak masuk musim panas ni. kami kat sini kulit dah kering dan aktiviti semasa menggaru :)
Deletejap...nak komen lagi...dapo nya tu yang saya berkenan sangat! bersih lagi suci :P
ReplyDeleteeh .. boleh-boleh duk lama-lama pun tak pa. bersih lagi suci... jenuh la dok menyental. buat kerja pun kontrol ayu sbb nak maintain putih :)
DeleteAlhamdulillah mala dah sampai sana,nanti nak balik cuti jangan lupa sopping Abaya kat cheq na,barang2 baking yg cun melecun jangan lupa kat cheq naaa kita tukaq dengan sambai itam , muahhhhaaa
ReplyDeleteinshaAllah... nanti kita tengok2 apa yg ada di sini.
DeleteMeman.g cantik jer ruang dapur tu...suke2x
ReplyDeletedapur putih bersih, yeah!
Deletesalam mala....seronok dpt merasa tempat orgkan...except or the toilet...yg lain2 nampak selesa....nak juga tumpang sekaki dgn mimi ni...hehe....melawak saja....
ReplyDeletewasalam kak eni.
Deletealhamdulilah rezeki untuk anak2. hahaha kisah toilet tu mmg tak paham la. inshaAllah nk tumpang dua kaki pun boleh kalau ada rezeki.
weee. aku suka dapur tu. bersih kemas dan taste aku tuuuuuu
ReplyDeletemelor, hang suka ya? mai la sini tlg aku cuci dapur hehehe
DeleteSalam Mala.luas juga dapur rumah transit....putih bersih.tp bila dpt rumah nanti lagi selesakan.akak masa belum dpt rumah dulu stay di hotel apt...bilik airnya pun gitu...air bertakung,selalulah panggil pekerja hotel bersihkan. ada kawan Fb dah 1-2 thn dok kat Oman...tengok rumah dia kat sana mmg besar dan selesa.
ReplyDeletewasalam mamasya - rmh2 oman mmg besar kebanyakkannya 3 tingkat .. dah tengok a few kalau la milik kita :)
Deletesalam.
ReplyDeletebesr dapur tu walaupun berstatus apartment.kalau kt kl tak dapat mcm tu.klu nak,kena tukar nama jd kondo lah baru dapat mcm tu.color putih tu nampak cntik sangat tapi ni kena doubel triple +xtra rajin ni nak mengelap lepa smasak.maklumlah klau menumis asam pedas tu...ada kang yang merecik ke dinding.
anyway mmg cantik!
wasalam,
Deletemmg dapur putih macam ni sesuai utk mat salleh sebenarnya. utk cara masakn orang asia kurang sesuai. boleh tumbuh muscle nanti kita dok menyental :)
lamaya x dengar cerita mala..ke Oman rupanya.=)
ReplyDeletecantik=)
dapat la update blog seminggu sekali. entry masak belum lagi la. hehehe
Deletecantik dapur tu.Mmg idaman akak la dapur kaler tu..tp tu la kang kena tenaga banyak nak menyentalnye.
ReplyDeleteserba putih semuanya ... kalau ada maid sedap la :-)
Deleteas-salam Mala
ReplyDeleteapa khabar Mala harap2 sihat sejahtera..cantiknye rumah transit Mala ni suka Ady tgk..nak jugak pergi ke Oman..
wasalam ady
Deletealhamdulillah sihat. boleh la duduk buat sementara. kalau datang oman bagitau la ...