Wednesday, July 24, 2013

ilmu faraid


alhamdulillah hari ni dah 15 ramadhan. kali ni nak share pasal buku bukan resepi ya :-)
 
kurang ambil tahu pasal ilmu faraid sehinggalah mengikuti ceramah ustaz md ghazali tahun lepas di oman. ok lah actually tak ambil tahu pun pasal faraid ni.  ustaz juga ialah adik kepada bekas penyanyi utama kumpulan nasyid rabbani, arwah ustaz asri ibrahim.

balik cuti tahun lepas terus cari merata kedai buku. hanya dapat dua tajuk sahaja. satu lagi tajuk beli online sebelum balik cuti. tajuk yang ketiga tu ada contoh-contoh nota wasiat. penting sebenarnya kita mengetahui tentang ilmu ini. persediaan harus di buat semasa kita masih hidup. memang boleh pening bila baca kes-kes harta pusaka yang tak selesai. nak kata harta banyak tu tak ada la tapi semestinya setiap kita mesti ada kurang-kurang KWSP, Tabung Haji, simpanan di bank, sebuah rumah, sebuah kenderaan dan sebagainya. tak pun harta pusaka dari orang tua kita. mala recommend semua untuk beli buku ilmu faraid ni. bila dah baca nanti boleh la kita draft bahagian setiap ahli keluarga kita. senaraikan segala harta dan hutang yang ada. buat nota wasiat. dah jangan lupa update setiap tahun kena.

 




boleh beli online dari mustread.com.my

disyorkan supaya dapat memiliki ketiga-tiga buku di atas. sangat bermanfaat.
 

4 comments:

  1. dulu..family kami kurang ambil tahu, bila dah ada pengalaman yg.......... berkaitan harta pusaka keluarga..baru laa kami mempelajari lebih dalam...

    ReplyDelete
  2. Memang sebaiknya ilmu faraid kena ada selain mengelak berlaku perbalahan juga dapat mengelak terjadinya harta tak dituntut.

    ReplyDelete
  3. memang bagus buku2 tu. saya ada salah satu tulisan ustaz ghazali. yg lain penulis lain. buat wasiat di maybank senang mala. tak banyak borang kena isi macam di amanah raya. ajal maut di tangan Allah. apa pun...kita buat persediaan untuk mereka yang ditinggalkan

    ReplyDelete
  4. Dah pergi talk, dah beli buku, buatnya tak jugak. Hmmm... yang berharta bukannya aku Mala. Tak tercakap eh... (Mode geram...hehe...)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...