Monday, July 1, 2013

chocolate cream cheese bun

 roti lagi petang ni. jangan marah naaaa ................. nak perabih tepung ni.

resepi dari veronica'skitchen (source from Chef Alan Ooi) via wendyinkk

Bahan Doh
300gm tepung roti
30gm serbuk koko
5gm yis segera
65gm gula
5gm garam
1 sb susu tepung
190gm air
40gm mentega tanpa garam

Bahan Inti
250gm cream cheese, suhu bilik
50gm gula aising
2 keping cheddar cheese, cincang

Bahan Topping
1 telur + sedikit susu segar, dipukul
chocolate rice

Cara-cara
Cara BM - masukkan bahan doh ke dalam BM di mulai dengan bahan basah dan diikuti dengan bahan kering. Pilih setting Bread Dough.
Sekiranya menggunakan mixer KitchenAid pukul pada kelajuan 4, selama 15 minit.
1. Satukan bahan doh uli sehingga licin dan tidak melekat.
2. Tutup dengan tuala lembab dan biar doh mengembang ke size dua kali ganda.
3. Sementara menunggu doh kembang, satukan bahan-bahan inti sehingga sebati  bulat-bulatkan kepada 10 bahagian dan simpan di dalam peti sejuk sehingga sedia untuk di gunakan.
4. Bahagi doh kepada 10 biji. Ambil sebiji doh dan leperkan. Letak inti dan tutup rapat.
5. Susun roti di atas dulang pembakar yang telah di sapu mentega dan perap selamat 45 minit atau kembang sekali lagi.
6. Panaskan oven pada suhu 160 (kipas) / 180C.
7. Oles permukaan roti dengan telur dan tabur chocolate rice.
8. Bakar selama 15 minit  atau sehingga masak.

16 comments:

  1. SALAM mALA, amboi sedap tengok roti mala tu, gebus saja macam muffin pun ada gak nnt kak noor nak try lah mesti laris ni kan

    ReplyDelete
  2. Nak seketul Mala he hee
    cantik roti mala ni, menjadi emmm sedap rasa coklat

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah lama tak makan roti coklat. kat sini tak ada ..

      Delete
  3. berkilat buat knor meleleh ni...

    mkn roti mlm2 ni sedappp..juga.

    ReplyDelete
  4. Nampak sedap! Anak2 Kak Liza mesti suka kan ni....mesti cuba!

    ReplyDelete
    Replies
    1. budak2 mmg suka roti coklat. letak coklat chip ke, peanut butter pun sedap ni.

      Delete
  5. mmg tak penah buat roti.teringin tp mcm tak pandai la pulak nk buatnye

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak ada breadmaker jenuh jugak nak mengguli :-)

      Delete
  6. As salam Mala,

    Lama Marya tak jenguk ke sini... gebunya chocolate cream cheese bun ni! Rasa nak cubit je! :))

    Saya tak berapa pandai buat kuih... hehehe :D

    ReplyDelete
  7. salam Mala.....

    mmmm...sedapnya...roti rupanya...ingat kan kek lah tadi he heee.....nampak gebu gitu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam yan,
      yummy, yummy! next time letak choc chi

      Delete
  8. kalau dekat, mau saja anim hulur tepung kat rumah ni yang tak abih-abih lagi, heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe aku terima tepung nya dgn percuma :-)

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...