Monday, March 25, 2013

roti sosej goreng


roti sosej untuk minum petang hari ni. malaysia dah malam pun :-)

 
resepi dari mas80

Bahan-bahan ( 8 biji )
2 cwn tepung gandum
2 sb marjerin
1/2 cwn susu segar }
1/2 cwn air panas }
secubit garam }
secubit gula } dibancuh semua
1 sb yis kering
4 btg sosej

Cara-cara
1. Gaul tepung gandum dan marjerin hingga sebati.
2. Masukkan yis kering dan gaul lagi hingga sebati.
3. Masukkan susu suam sedikit demi sedikit sambil di uli hingga adunan sebati dan lembut (susu suam tidak habis 1 cawan digunakan,akan ada baki suku) pastikan adunan tidak terlalu lembik.
#kalau ada mesin pengadun lebih baik, adunan akan lebih licin, gunakan mesin pengadun semasa hendak masukkan susu suam
4. Bahagikan adunan menjadi 8 dan buat bulat, sosej di belah dua. Ambil 1 adunan yang di buat bulat tadi dan diuli memanjang lilitkan pada sosej dan biarkan adunan naik, lebih kurang 45 minit.
5. Goreng dengan api sederhana hingga roti bertukar warna kekuningan

Saturday, March 16, 2013

white-sand beach, fins


aktiviti berkhemah yang pertama bagi tahun 2013. pergi ni bulan 1 hari tu tapi malas nak update blog. kali ni kami pilih untuk berkhemah di tepi pantai pula. untuk trip kali ni hanya 3 keluarga yang turut serta. lebih kurang 1.5jam driving untuk sampai ke pantai ni. terletak di kawasan bernama fins. pantai ni memang popular di kalangan expat mat salleh.



aktiviti sebelah malam bbq dan campfire
memang sejuk berangin bila malam. sedap duduk keliling api
kayu-kayu memang di kutip di kawasan sekitar rumah dan kumpul 
khas untuk pergi berkhemah



 dua makhluk yang terdampar di pantai
moray eel dan puffer fish


pagi pun masih sejuk. untuk breakfast ada mushroom soup, maggie goreng, roti, kopi dan teh, oh! nasi lemak yang semalam tak habis pun ada lagi. tak basi sebab cuaca sejuk. makanan macam dok dalam peti ais. tinggal panaskan saja.

Saturday, March 9, 2013

happy 11th birthday aimi



lamanya tak dak entri ... lama jugak tak masuk blog. terima kasih yang sudi singgah sini. bosan dan malas.  homesicked pun ya!! baru balik dari cuti winter dah usha-usha cuti summer! tak pernah pulak homesick .. ni kali pertama. zaman sekolah pun tak dak homesick.

ni entri pertama untuk 2013 dengan acara makan-makan untuk anak-anak dan kawan-kawan.

kali ni mala buat kek bentuk coin purse untuk aimi. kek bulat di potong dua sama besar dan di camtumkan. hias dengan marshmellow, white choc buttons, m&m

jadi tak?


resepi dari kakfida

Bahan-bahan ( loyang 8 in/20cm )
200  mentega
200g gula kastor/halus
4 biji telur - gred A
200g tepung naik sendiri*
1 sb serbuk koko* (bahan * diayak bersama) - tak letak
8 keping biskut Oreo - dicincang kasar bersama krimnya sekali
3 keping biskut Oreo - juga dicincang kasar untuk tabur - tak letak
1 sk esen vanilla
2 sb susu segar - mala tambah

Cara-cara
1. Panaskan oven pada suhu 175C. Loyang dialas dan digris.
2. Pukul mentega, gula dan esen sehingga berkrim. Masukkan telur satu persatu dan terus pukul hingga adunan kembang.
3. Masukkan biskut Oreo (8 kpg) dan gaul rata.
4. Masukkan pula campuran tepung dan susu secara berselang seli dgn kaedah kaup balikkan.  Adunan hingga sebati.
5. Tuang dan ratakan adunan ke dalam loyang yang telah disediakan dan taburkan biskut Oreo (3 kpg) di atas permukaannya.
6. Bakar selama 40 min atau hingga masak.
7. Sejukkan kek di atas redai sebelum dipotong dan dihidangkan.

Krim mentega
1 cwn lemak sayur
1 cwn mentega
1 cwn gula aising - di ayak
1 sb esen vanila
2 sb susu
pewarna

Pukul lemak sayur dan mentega sehingga kembang masukkan esen vanila. Ayak sedikit demi sedikit gula aising dan juga susu sikit demi sedikit sehingga mendapat kepekatan yang sesuai.
 


ada juga buah tangan dari kawan-kawan. jenoh makan kek budak-budak ni. tapi yang paling laku ialah kek red velvet ice cream oreo! acara makan dan main saja sebenarnya. jugak get together kali terakhir untuk anak-anak sebelum satu keluarga nak pindah ke Qatar. kesian budak-budak ni baru nak rapat dah nak pindah ... macam ni lah nasib anak-anak di perantaun. kawan ramai serata dunia tapi asyik pindah sana-sini.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...