Wednesday, August 29, 2012

syok tak raya?

ramai dok tanya, macamana raya di oman? syok tak?

kami sebenarnya dah biasa tak beraya dengan keluarga sejak tinggal brunei. hanya beraya selang setahun. sebabnya sepuluh tahun dulu raya tak jatuh cuti sekolah sebab anak sekolah antarabangsa. balik kampung nak kurang-kurang dua minggu. lagi pun kalau balik raya sebenarnya chances nak jumpa adik-bradik dan kawan-kawan kurang sebab ada yang akan beraya di rumah mertua. kiranya tak kena la giliran raya  kat rumah mak sendiri. anak-anak pun dah biasa. depa dah paham. tambah-tambah dok oman lagi jauh tapi inshaAllah tahun depan dan beberapa tahun lagi kita akan berpuasa dan raya kat malaysia sebab raya masih dalam cuti summer.

raya kat mana-mana sama saja aktivitinya tapi feeling dia mana nak sama raya dengan keluarga kan? 

raya pertama kami beraya di kediaman rasmi duta malaysia ke oman tyt dato' rustam yahya dan datin musrifah rustam. tak la brapa ramai sebab ramai yang balik beraya tahun ni sebab jatuh cuti sekolah summer. bulan depan dato dengan datin nak buat lagi sekali jamuan. yahoo! makan lagi ...

raya ke2  zzzzzzzzzzzz   -   raya ke3 jalan-jalan   -   raya ke 4 zzzzzzzzzzzzzz

macam ni la kami raya hehehe


juadah raya. semua dato dan datin yang masak!

dessert buffet table

 
teh tarik ada

deko atas meja
eh! gambaq ni pun ambik ka? tak pa la

bagi can la .. cantik tak gelas?


ini harp nama melayu tak tau apa

Monday, August 27, 2012

koleksi biskut raya 2012


ini lah dia koleksi biskut raya kami yang tak seberapa ni. hasil tangan mama dan buruh upahan bawah umur. kata tak nak buat biskut tapi budak-budak ni asyik dok menyebut nak buat cookies, nak buat cookies. hah ambik! nak buat sangatkan ... kena la gentel doh. suka la main gentel-gentel budak-budak ni. buat empat jenis saja sebab balang pun ada empat :) nanti-nanti la letak resepi untuk rujukan tahun hadapan hahaha

Sunday, August 19, 2012

halwa oman


alhamdulillah  .... kami dapat homemade halwa di malam raya. sapa lagi nak bagi kalau bukan jiran yang bagi nasi hari tu :-) ni kira dodol oman la. tekstur dia lebih lembut dari dodol  kita dan ada rasa sikit-sikit rempah. selalunya orang oman makan ni dengan 'qahwa' kopi arab yang tanpa gula.

Sunday, August 12, 2012

eid mubarak dari muscat


nak raya dah ?? hehehe lama tak keluar sini :) 2 bulan ... sebabnya sejak pindah rumah ni, lepas 1.5 bulan baru masuk line talipon. sampai la belum ada internet. dah dekat 3 bulan. sementara tak dak home internet kita pakai prepaid. bila tak larat nak top up kita dok diam. dah sebulan tak online, tak tahan dah pi reload. kali ni ambik OR12 untuk umlimited usage dari 11pm - 8am. nak upload gambaq kena time ni la. dok berjegey lepaih soq!

gambaq masak-masak (macam la banyak) kita peram dulu la bila tak dak cerita nanti. kali ni kita tengok kurma merah dan juadah berbuka dari orang oman.


kakak dan adam posing bawah pokok kurma merah di kawasan masjid
ada yang komen kat FB kata rendahnya buah
sebenaqnya buah paras lutut pun ada


sebelum puasa hari tu ke pasar beli stok ikan. singgah ke bahagian sayur dan buah.
beli kurma merah dan buah riang (utara sebut ...ghriang) dah lama dok perati buah ghriang ni. dalam hati dok kata macam pernah tengok buah ni. masa beli kurma pakcik yang jual tu bagi rasa, laaa ... buah ghriang! lama dah tak makan dan nampak buah ni. ada kot 30 tahun!! rasa dia kelat masam manis amaran! makan buah ni jangan bagi kena baju! pupus dah kot pokok ni

husband ada berkenalan dengan seorang lelaki oman di masjid. dia tegur dalam bahasa melayu. rupanya kami berjiran. lelaki ni tengah buat master kat UIA. berkahwin dengan orang jelutong, penang. bila dah sembang-sembang dia dapat tau mala dulu pernah tinggal di jelutong bukan main ecxcited lagi. terus ajak dinner kat rumah. keluarga ni sangat open minded dan peramah.



juadah berbuka pertama

harees (yang putih, ni kira bubur ), omani soup (rasa masam), onion salad (hirisan bawang, cili padi, cuka) lamb kabuli (nasi kabuli kambing ada kacang kuda)
http://en.wikipedia.org/wiki/Harees


ini pulak judah yang kedua hari khamis yang lepas

harees yang berempah (warna oren), sebelah yang kuning tu tak tau apa benda, yang bekas kecik tu sup.

sangat la banyak makanan yang di bagi tu. boleh buat kenduri. tak habis makan. cuma sup saja yang habis. dah simpan fridge, perangat 2 -3 hari pun tak habis jugak.

ok la setakat ni saja ... yang nak balik kampung tu hati-hati memandu. tahun ni cheq tak balik. biskut raya pun cheq malaih nak buat sebab selalu dok kena perabih sorang.  tahun depan inshaAllah.


selamat hari raya
maaf zahir batin

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...