akhirnya sampai jugak milo mini van yang di tunggu-tunggu!
Friday, September 30, 2011
Wednesday, September 21, 2011
kek pisang gebu
pisang banyak kat rumah. macam biasa ihsan jiran sebelah yang bawak balik dari kebun. tengok orang buat cekodok tapi malas nak goreng. dulu ada simpan satu resepi dari label susu Ideal tapi hilang entah kemana. hilang sekali dengan buku resepi yang di tulis tangan. ishk! cari tak jumpa-jumpa. silap-silap tertinggal kat Brunei. banyak pulak resepi best yang ada dalam buku tu .. :-(
google sana google sini jumpa resepi dari dayang. memang gebu la kek ni. tak rugi cuba.
resepi dari dayangjack
Bahan-bahan
2 cwn tepung gandum
1 sk serbuk penaik
1 cwn pisang yang sudah dilecek (I used pisang emas)
1/2 sb ovalette
1/4 cwn susu cair/segar
4 biji telur gred B
1 cwn gula kastor (-/+)
1 sk esen vanilla/
100 ml minyak jagung/
Cara-cara
1. Panaskan oven pada suhu 160-170C atau ikut suhu oven masing-masing. Griskan loyang kek 8 x 8 dengan mentega.
2. Dalam bekas/mangkuk yang agak besar, satukan kesemua bahan di atas KECUALI pisang dan minyak jagung/mentega cair. Putar adunan pada kelajuan minima selama 1 minit dan kemudian putar lagi pada kelajuan maksimum sehingga kembang dan gebu.
3. Masukkan pisang yang sudah dilecek tadi dan putar perlahan hingga sebati.
4. Akhir sekali tuangkan minyak jagung/mentega cair dan kacau perlahan-lahan dengan menggunakan senduk kayu atau spatula.
5. Apabila sudah sebati, tuangkan adunan ke dalam loyang kek dan bakarlah selama 45-50 minit atau hingga masak keperangan.
6. Setelah masak, sejukkan kek sebelum dipotong.
.
.
.
.
ttfn
mala
Tuesday, September 20, 2011
cucur kentang bilis
buat untuk berbuka malam tadi ....
resepi dari ummiakid-lily
Bahan-bahan
2 cwn tepung gandum
1/2 biji bawang besar - didadu
1 biji kentang - di dadu
segengam ikan bilis - tumbuk
sedikit garam
sedikit serbuk kunyit (I added)
air secukupnya
Cara-cara
1. Satukan kesemua bahan dan gaul rata.
2. Panaskan minyak dan goreng hingga garing kekuningan.
.
.
.
.
ttfn
mala
Monday, September 19, 2011
Thursday, September 15, 2011
cheddar cheese bun
yang ni bun kembar 4 :-)
merajinkan diri di dapur. buat bun untuk kakak yang dah selesai UPSR. tengahari tadi cuma buat nasi goreng. esok cuti. isnin kakak cuti. cadang nak ganti puasa minggu depan. kuatkan lah semangat ....
resepi dari cmg
Bahan-bahan
190g tepung roti (high protein flour)
70g gula halus
1/4 st garam
8g instant dry yeast
1/2 st bread improver
1 kuning telur
50ml susu segar
1/2 cwn parutan keju cheddar
80g water roux (cara membuat roux di bawah)
30g mentega
Parutan keju cheddar, untuk hiasan
Cara-cara
1. Satukan semua bahan di atas kecuali keju untuk hiasan, dalam breadmaker. Pilih setting untuk DOH dan tekan ON, tunggu hingga siap.
2. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara. Bahagikan kepada 9 bahagian sama besar, kurang lebih 50 gram setiap satu. Bulat-bualtkan dan susun dalam tin yang telah disapu mentega (8 inci x 8 inci x 2 inci)
3. Biar naik sekali ganda, kurang lebih 50 minit. Sapu permukaan doh dengan putih telur dan tabur dengan parutan keju rata-rata. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180c selama 25 minit atau hingga kuning keemasan (kalau guna tin hitam, guna suhu 160C). Sejukkan sebelum dihidangkan.
______________________________
Water roux
50 gram tepung gandum
250 ml air
Cara-cara
Satukan air dan tepung gandum, kacau rata dan masak dengan api kecil sambil dikacau sehingga pekat, matikan api dan sejukkan.
Boleh digunakan, simpan baki dalam peti sejuk, boleh tahan selama 3 hari.
.
.
.
.
ttfn
mala
Wednesday, September 7, 2011
cheq demam
image from google
adoi laaaaaa ... sekali-sekala demam memang lembik jadinya. semua ada. mula-mula hidung meleleh, lepaih tu tekak dah kesat semacam. malam tu dah menggigil.
dah hari ke 5 ni.
jem tart pun rasa pait!
bila mama yang demam habih la operasi rumah.
nak kata muka dah macam zombie. zombie pun lawa lagi.
.
.
.
.
ttfn
mala
Subscribe to:
Posts (Atom)