satu-satunya resepi yang di cuba masa balik malaysia. kek raya untuk mama. untuk mak mertua pun buat jugak tapi belang dia merah dan coklat. gambaq tak sempat ambik :-)
best kek ni .. gebu dan lembab.
esok dah start sekolah. jenoh dok pikiaq menu lunch box ......
resepi dari
intai dapur via
aziekitchen
Bahan bahan
227gm mentega
170gm tepung gandum
170gm gula kaster
5 biji telur dari peti sejuk
3 sb susu pekat
1 sk baking powder
1 sk esen vanilla
1 sb ovalette
3-4 sb serbuk koko -diayak (guna coklat emulco)
pewarna hijau epal - mala tambah
Cara cara
1. Ayak tepung bersama baking powder. Pukul mentega, susu dan esen vanilla hingga kembang.
2. Di dalam bekas lain, pukul putih telur hingga ringan lalu masukkan gula sedikit demi sedikit hingga adunan rata.
3. Masukkan telur kuning sebiji sebiji ke dalam adunan putih telur dan pukul hingga rata. Masukkan ovalette dan adunan mentega dan pukul lagi hingga rata.
4. Akhir sekali masukkan tepung sedikit sedikit dan gaul satu arah. Apabila rata bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan masukkan warna atau emulco pilihan anda.
5. Tuang adunan ke dalam loyang 8 in persegi secara selang seli dimulai dengan adunan asal. Lorek dengan menggunakan chopstick.
6. Bakar pada suhu 180C selama 45 minit atau sehingga masak. Saya guna suhu 170C selama 50 minit.
Nota:
Kalau menggunakan mesin, jangan diberhentikan semasa sedang mengadun. Jika mengunakan tangan, harus pukul lebih lama sedikit kerana adunan mesti kembang dan rata.
Jika menggunakan cara biasa, telur tidak perlu dimasukkan ke dalam peti sejuk kerana ia susah sebati dengan adunan mentega