Friday, September 18, 2009

balik kampung



we are flying tonight to KL to celebrate Eid in Penang & Kedah. here wishing all of you.

selamat hari raya

maaf zahir & batin



made this dates steam cake for my mum & m.i.l.
sedap ni. try it!


Friday, September 11, 2009

majlis khatam


setelah tiga minggu bertadarus, semalam selesai sudah majlis khatam al-quran di rumah huda dan kamarudin. hos sediakan menu utama yang lain-lain sediakan pulut kuning, bunga telur, bunga rampai, teh tarik, kordial dan juadah untuk berbuka. penuh meja dengan makanan. rezeki namanya.

this is what i brought to huda's place last night.


Bingka Suji (Malay Style Semolina Cake)



puding karamel



tried this recipe and the results turn out not bad. the best part is, it is eggless. you can find the recipe here.


Friday, September 4, 2009

head injury


adam memang suka buat aksi-aksi terbang, panjat sana, lompat sini...


ni lah akibatnya bila buat aksi tak pakai uniform! kena la tiga jarum. tapi adam, you will always be mama's hero:) just don't let yourself get hurt as I hate hospital.




Tuesday, September 1, 2009

kurma


Inilah kurma Kurnia Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah bagi 1430H/2009M. Setiap isi rumah Muslim akan mendapat satu bekas setiap seorang. Kalau ada 10 orang dalam sesebuah keluarga maka dapatlah 10 bekas. Sungguh bertuah menjadi rakyat Brunei Darussalam.

Ini adalah antara manisan yang sempat disediakan sepanjang 10 hari berpuasa. Hah! Sempat buat tiga saja. Bukannya apa tak elok membazir. Lagi pun kat rumah ni kurang sikit la manisan-manisan ni.

I made Kuih Sagu for Iftar on the 1st of Ramadhan. It is eazy to prepare.

Bahan-bahan:
2 cawan sagu (cuci & toskan)
3 cawan air
1 1/2 cawan gula
pewarna
daun pandan untuk menwangi disimpul
kelapa parut (dikukus sebentar & secubit garam)

Cara-caranya:
Masak air, gula bersama daun pandan hingga gula cair.
Masukkan pewarna dan masukkan sagu.
Kacau hingga sebati dan masak.
Bila sudah pekat dan tidak melekat di kuali angkat dan tuang ke dalam acuan.
Setelah disejukkan bolehlah dipotong dan digaul bersama kelapa parut.

This agar-agar was made for 'iftar & tarawikh at Kak Hani & Syed's house with all Malaysian friends.

Agar-agar Cendol

Bahan A
2 paket agar-agar sebuk
1 tin/kotak santan + air untuk jadikan 1 liter
250gm gula pasir
secubit garam
daun pandan di simpul

Bahan B
gula merah
1 liter air

Bahan C
1 paket cendol (beli kat pasar KB :) ) guna separuh saja

Cara-cara
Masukkan semua bahan A ke dalam periuk dan kacau hingga sebati dan panaskan hingga gula cair.
Didihkan bahan B hingga gula merah cair.
Tapiskan bahan B ke dalam periuk berisi bahan A.
Kacau sebati sehingga mendidih sebentar.
Tuangkan ke dalam loyang.
Masukkan cendul. Sejukkan.


Bubur gandum ni pulak di bawa untuk majlis berbuka di rumah Alipudin & Linda (sebelah rumah saja). Yang ni semua orang pun reti masak. Senang sajakan.

We will miss this kind of gathering. Berkumpul beramai-ramai, makan dan minum, bersolat jemaah. Pengalaman yang tidak akan dapat di lupakan. Anak-anak lah yang paling seronok sekali. Dapat berjumpa berkumpul ramai-ramai dan bermain. Bila dah ramai adegan-adegan menangis, berebut mainan, terjatuh, termuntah dan macam-macam lagilah. Jumaat ni ada satu lagi jemputan di rumah Doktor Azua & Doktor Faizal. Alhamdulillah.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...