Friday, September 13, 2013

asam pedas papajoh


asam pedas ikan kacang-kacang berlada hitam dan daun selasih


tau dah ikan ni nama apa. ikan kacang-kacang .. betoi dak? hari tu kan ingat ikan parang. hahaha salah rupanya. 

balik summer hari tu seminggu sekali jadi drebar teman mama pi market kepala batas. dok tanya la ikan ni nama apa?, ikan tu nama apa? masa muda tak mau tanya. buat tak tau saja masa mama dok pilih ikan. bila tua tak kenai ikan!

kali ni masak asam pedas pulak. try resepi dari papajoh dari singapore. letak daun selasih. maklum la pokok selasih tengah suboq ;-)

resepi dari papajoh

Bahan-bahan
1 sk lada hitam
4 sb pes cili (15 cili kering, rebus dan kisar)
3 ulas bawang putih
1/2" halia
2 biji bawang besar  - cincang/kisar
1/4 sk serbuk kunyit
2 batang serao - di ketuk
800gm ikan kacang-kacang (barrracuda)
1 biji limau purut - di ambil jus
6 - 8 keping daun selasih - di koyak kasar (boleh di ganti dengan daun kesum)
2 sb minyak masak

garam secukup rasa
2-3 cwn air


bendi }
tomato } mala tambah

Cara-cara

1. Tumbuk lada hitam, bawang putih dan halia sehingga menjadi pes. Kisar cili kering bersama bawang besar.
2. Panaskan minyak dan tumis semua bahan di atas dan serai yang telah di ketuk sehingga wangi dan masukkan serbuk kunyit.
3. Masukkan air dan perah limau.
4. Setelah kuah mendidih masukkan ikan. Tambah garam secukup rasa dan masukkan daun selasih. Biarkan masak selama 10-15 minit.

21 comments:

  1. Walau jauh diperantuan kalau gigih dan ada kemahuan boleh aje kan Mala. Kakak yg di sini pun tengok dah kecur dah..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat sini kalau teringin dan nak makan apa2 menu malaysia mmg kena buat la ..

      Delete
  2. Assalamualaikum Tuan Rumah,
    Kami baru selesai buat asam pedas.. berderet 2 hari pulak tu.
    Maklum saja stok bunga kantan tgh fresh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam kaksham
      hahaha mentang2 bunga kantan fresh!

      Delete
  3. asam pedas kalau masak pekat².. ikan dan bendi mmg mengiurkan..

    ReplyDelete
  4. Assalam mala
    Ishhh sedapnya asam pedas, bertambah mkn kalu lauk ni he hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam ... kat sini tambah sambal belacan dgn ulam pulak .. sila tambah nasi

      Delete
  5. masa kami dijohor, menu asam pedas pasti tak miss. ikan berganti hari. jemu letak kesum, tukar daun kunyit atau limau ourut. tapi daun selasih tak pernah cuba. nak trylah. kat SP banyak tapi tak tau nak guna

    p.s serai, bunga kantan dan lengkuas senang tak mala? raya hari tu ingat nak poskan pes tapi mala dah balik oman...apa nak buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang johor mmg suka asam pedaskan ... tau dari huda.. dia selalu crita dulu. tukar ikan ja hehehe ... serai dgn lengkuas ada jual kat sini. import dari siam. b.kantan mmg tak ada la. tak pa anim simpan pes tu thn dpn :-)

      Delete
  6. Sedap tu...asam pedas..nak2 betambah nasik kat pinggan.

    ReplyDelete
  7. Aslmkum Mala

    di rumah biasa asam pedas ikan talapia sbb ikan itu paling byk dan fresh.
    ikan Mala masak tu ikan mullet ke.....kat Cairo ada juga ikan ni....mmg sedap masak asam pedas.

    ReplyDelete
  8. Malaaaaaa....lama tak skodeng cni...hehehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaa aku dah lama tak skodeng cni....skali skodeng mcm2 ada...:P

      Delete
  9. Lain pulak resepi masak asam pedas ni! Menarik ni mala... nnt nak try lah... best2 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la lain sikit resepi ni. belacan pun tak letak

      Delete
  10. org penang selalunya kari...kari...tapikan lately ni kan kak ini suka asam pedas la pulak...tambah tengok ni...sedapnya..kecur air liur aihh...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. cemuih dah kari ... asam pedas mmg tak jemu. yg jenis rebus pun best.

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...