Sunday, September 22, 2013

kita tengok penyu telor ...

lokasi pilihan kali ini berkhemah di ras al hadd dan aktiviti melihat penyu pada sebelah malam di pantai ras al jinz. lebih kurang 2 jam perjalanan dari muscat. cuaca masih agak panas di sebelah tengahari lagi-lagi kat tepi pantai ni. semua pakat dahaga. kali ni group agak besar, seramai 17 buah kereta/family termasuk beberapa keluarga yang baru sampai di oman dan juga kali pertama berkhemah. semua excited nak tengok penyu.


lepas asar semua pakat lari ke pantai. ada yang mandi dan ada yang sekadar lepak saja. memang agak berbeza pantai di sini. patut la penyu banyak naik untuk bertelur. ada kawan kata setengah-setengah pantai kalau kita jejak kaki boleh tenggelam sampai paras lutut.



geng bapa-bapa semua mula buat unggun api untuk barbeque. star of the night kambing sekor di bawa dari muscat dan fresh seafood yang di order dari nelayan berdekatan.


lebih kurang pukul 9pm datang seorang lelaki oman yang juga kenalan pada sorang member di sini. baik hati sungguh dia tolong bawakkan anak penyu satu baldi nak tunjukkan pada budak-budak semua. dia jugak yang akan guide kami semua bawak pergi ke lokasi tenyu bertelur. bukan main seronok lagi. mak pak pun apa lagi. sama jakun gak hehehe


aktiviti tengok penyu bermula jam 10 malam ke atas. alhamdulillah kami di bawa ke 3 lokasi. di semua lokasi ada penyu. tak payah termenung tunggu penyu naik. sampai saja dah ada penyu. subhanallah tak terkata cantik dan menakjubkan. macam tak percaya pun ada.


lokasi yang terkahir memang sangat-sangat tak terkata dan menakjubkan. kawasan pantai yang tertutup dan berbayar sekiranya ingin masuk. tapi kami masuk selepas pukul 12 malam. lelaki oman tadi dah arranged untuk kami masuk dengan percuma. kami sampai dah 12:30 tgh malam. dalam kawasan pantai ni kena berhati-hati masa berjalan sebab takut terpijak anak penyu. memang banyak sungguh. kami bertuah sangat malam tu ada dua ekor penyu sedang bertelur. anak-anak penyu memang tak terkira banyaknya kat pantai.


dah selesai tengok penyu kami pun balik ke tempat perkhemahan lebih kurang 1:30 pagi. ada khemah yang roboh di tiup angin. tinggal lebih kurang 3 jam masuk waktu solat subuh. ada yang tidur pukul 2 pagi membetulkan khemah. tapi semua memang tidur nyenyak sebab teramat letih berjalan atas pantai nak tengok penyu punya pasal. esok pagi lepas breakfast semua balik. bila sampai rumah yang 1st sekali kena buat ... mandi :-)

19 comments:

  1. wah...best! teringin nak tengok jugak tapi x berkesempatan... mesti seronok kan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok sangat sebab ramai yg 1st time tengok penyu hehehe

      Delete
  2. Aslmkum Mala

    bestnya dpt tengok penyu bertelor....dg anak2 penyu yg kecik2 comei.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam mamasya .... mmg comei ..sedih pun ada tgk mak penyu nak bertelur.

      Delete
  3. salam mala…..ros yg org Ganu ni pun mmg tak pernah tgk penyu byk & anak2 penyu terkedek2 ke laut mcm tu. syoknyeee. yg BBQ tu lagi syok. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam ros
      kami kalau jalan2 ke ganu tak cari penyu dah hehehe

      Delete
  4. As salam Mala.....

    bestnya.....berkelah kat pantai.....Yan belum pernah tengok penyu bertelur......masa pergi dulu bukan musim betelur he heee.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam
      berkelah dan berkhemah di tepi pantai .. mcm ni la aktiviti kami di sini

      Delete
  5. life nmpk penyukan..beruntung le..

    knor tak pernah tgok lagi..kat tv ada la..hehe mesti jakun juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg jakun knor ... mmg tak sangka dapat tengok penyu bertelur

      Delete
  6. Bestnyaaaaaaaa.....patotla penyu takdak dah kat rantau abang....depa pindah pi Oman ikot hampa rupanya...heehehe :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha depa pun nak migrate .. minyak mahai oi!

      Delete
  7. Assalam kak
    Ya Allah...serononya dapat tgk penyu teluq...=)

    ReplyDelete
  8. salam kenal dr akak.terima kaseh sudi singgah di mykitchen..
    wah bestnya berkhemah sambil tgk penyu bertelur..
    dah lama tak bercamping..teringin plak rasanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal kak anymz .. thanks singgah sini

      Delete
  9. masa tgk tajuk entri ingatkan dkt tganu...hehe...yg bestnya suasana masa nak tgk ramai2 tu kan...berkemah dan makan2...enjoy of it...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...