hari rabu pagi ada jemputan coffee morning oleh salah sorang jiran. tujuannya untuk saling mengenali antara satu sama lain. walaupun dah duduk setahun lebih. kami semua tak pernah bersembang. setakat senyum, angkat tangan. dalam compound ni ada 10 buah rumah. 2 keluarga malaysia, 1 singapore, 3 india, 1 libya, 1 syria-amerka, 1 egypt dan 1 latin. hanya 2 yang bekerja. yang lain suri rumah. memandangkan ada yang vegetarian ... memamg mati akal nak bawak apa. yang jadi hos kata dia nak beli saja dari carrefour kemudian panaskan. I ok ja ... pikiaq punya pikiaq, last-last cari resepi biskut suji. suji pun ada belen 3/4 tin lagi. ok la kan ...
resepi dari azimahliyana
Bahan-bahan
3 cwn tepung gandum
1 cwn tepung suji
1 cwn gula aising
minyak sapi secukupnya
ceri merah untuk hiasan
Cara-cara
1. Tepung gandum diayak terlebih dahulu. Kemudian campurkan dengan tepung suji dan gula aising.
2. Gaul rata. Masukkan minyak sapi sedikit demi sedikit sehingga boleh membentuk bola-bola kecil.
3. Bulat-bulatkan doh kemudian susun di loyang dan letak hirisan ceri kecil di atasnya.
4. Bakar pada suhu 160C selama 10-15 minit .
salam Mala, dah lama tak jalan sini tiket habih lah hahaha, amboii sedap tengok biskut suji bak sebiji dua nak rasa mesti sedapppp
ReplyDeletewasalam knoor ... ye la orang tu bz dgn cucu baru! tahniah mak tok :-)
DeleteSALAM singgah,, bestnya dapat berjiran macam tu... teringat masa raya pulak ...tengok biskut ni
ReplyDeletewasalam ...alhamdulillah walaupun dlm komuniti antarabangsa. masing2 tak sombong
Deletegebunyaaaaaaaaa...buat org lapaq biskut suji la pg2 ni...mana mau cari? hehehe :P
ReplyDeletebiskut2 ni tak raya baru sedap makan... mana mau cari? sendiri bikin la :-P
Deletebetul tuh aku sokong.....last monday aku nya opismate bawak tart nenas sedap gila rasa sbb dah tak raya hehehe
DeleteWaaa.... bestnya ada kukis laaa.... nak!!
ReplyDeletemai la rumah ... ada sikti lagi cookies.
Deleteok la ni..sedawa tetamu ..suka biskut suji..tapi tak reti nk buat
ReplyDeletesenang ja knor nak buat biskut ni
DeleteRasa cam nak raya plak...:-)
ReplyDeletehehehe tu la ... mala bila time raya malas nak buat biskut raya.
Deletesalam
ReplyDeletegebunye biskut suji..
wasalam ady ... nah rasa sebijik :-)
Deletemala...lepas raya dan biskut raya sudah tak nampak bayang...sangatlah mengancam biskut suji ni..
ReplyDeletep/s tapi orang utara sibuk cari biskut raya utk raya haji ni kan..tak macam orang selatan. raya haji takde apa2...
sama ja dgn family mala pun tak dak apa2 masa raya haji ..
Delete