Monday, September 9, 2013

roti sosej


menu ringkas untuk bekal sekolah anak-anak ...

Bahan-bahan
roti sandwich
sosej - yang telah di rebus
campuran tepung gandum dan air - sebagai bahan pelekat

Cara-cara
1. Sediakan pengukus. Trim keliling roti supaya nampak kemas. Susun dalam pengukus dan kukus sebentar. Tujuan untuk melembutkan roti dan roti tidak serap minyak setelah di goreng nanti.
2. Ambil sekeping roti, gelek sehingga nipis dengan pengelek.
3. Letak sosej pada satu hujung. Gulung roti dan sapu 'gam tepung gandum' pada hujung roti dan lekat kemas. Tekan sedikit supaya melekat betul.
4. Buat semua sehingga habis. Boleh di bekukan atau goreng terus dalam minyak yang sederhana panas.

26 comments:

  1. kreatif sebab selalu gulung biasa je...nie siap corak plak...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalu buat mcm ni ... kalau yg plain tu mcm boring ja hehehe

      Delete
  2. wah cantiknya roti bercorak ni.tak terpikir lak selama ni nak buat camni.gud idea

    ReplyDelete
  3. Oh... cantiklah Mala punya roti bila guna penggelek berkeluk - kreatif jadi tambah selera..

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ... terima kasih. semoga seronok nak makan juga :-)

      Delete
  4. selalu buat plain saja..bagus idea mala, pasti teruja depa ber2. benda sama tapi bila wajah berbeza, pasti depa ingat benda baru..heeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha betoi tu anim. boleh pelbagaikan inti dia ... sardin, tuna, telur, daging ke ayam ke kalau rajin la ;-)

      Delete
  5. Hello Mala, this coming to you from Canada. This the first time saya tengok this roti sosej.
    Mana origin dia?
    But it looks really nice too.
    Empat pun boleh juga, ha ha....
    Have fun and simpan satu lagu dalam hati.
    Lee.

    ReplyDelete
  6. kemas..tak berminyak..sgt kreatip..nya

    ReplyDelete
  7. Hi uncle lee. thanks for dropping by. sedap oh ini roti. cicah sos & mayo :-)

    ReplyDelete
  8. Simple je kann. nnt suruh anak2 yang buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh ja tu kalau anak2 nak baut. mmg senang.

      Delete
  9. assalam Mala
    ooo rupanya kena kukus dulu ekk, baru tahu he hee sblm ni buat x kukus memang goreng berminyak
    tqqq mala info utk akak ni
    cantik gelek mcm tu la

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam sara
      next time cuba kukus .. tgk jadi tak :-)

      Delete
  10. Cantik la pulak nampak garis2 kat roti tu, mesti anak nmpk teruja nak makan...hehe..
    mmg roti kena kukus dulu baru lembut, senang nak gulung. kalau mala golek dalam breadcrumb pun sedap ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. malas nak golek kat breadcrumb nanti minyak pennuh dgn sisa2 breadcrumb hehehe

      Delete
  11. nnpk cantik la roti tu mala..nak makan pun mesti berselera..tak cukup seketul macam nii...

    ReplyDelete
  12. bestnyer..tertarik ngan resepi ni nanti nak try la...

    ReplyDelete
  13. lama tak makan roti sosej ni...buat selalu tp tak sempat makan,,hehe...(utk bekal anak2 ke sekolah jer)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la .. mala pun tak makan. utk budak2 saja .. kadang tak cukup.

      Delete
  14. ni permintaan anak sy petang ni dia soh buatkan roti sosej letak cheese

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap jugak letk cheese cuma tak best bila goreng meleleh keluar :-)

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...