resepi dari lizaothman via yatimemories
Bahan-bahan
1 biji telur + air sejuk, jadikan jumlahnya 265ml/gm
500gm tepung roti (400gm tepung roti + 100gm tepung gandum)
40gm susu tepung
100gm gula kastor
11gm / sepeket yis
80gm mentega
1 sk bread softener
1 sk bread improver
Bahan tabur
cheddar cheese - di parut
gula
Cara-cara (Kaedah Breadmaker)
1. Masukkan semua bahan ke dalam breadmaker mengikut urutan bahan basah kemudian bahan kering.
2. Pilih setting DOUGH dan biarkan menguli sehingga siap. Biarkan doh naik kembang lebih kurang 1 1/2jam atau lebih kemudian uli semula. Tumbuk-tumbukkan untuk mengeluarkan angin.
3. Bahagikan bulat-bulat kecil lebih kurang 50gm setiap satu kemudian susun ke dalam loyang yang telah digris dengan marjerin dan tabur tepung. Biarkan naik sekali ganda lagi. Gliss roti dengan susu tepung yang di bancuh dengan sedikit air di permukaannya. Jika suka taburkan gula dan keju.
4. Bakar suhu 180 selama 25-30min atau sehingga masak. Sejurus keluar dari oven, sapukan permukaan roti dengan mentega dan sejukkan di atas redai.
Masya'Allah..
ReplyDeleteSalah terjah la pulak..
Tak pasal2 kul 2am akak lapar semula..
awat 2am tak tidoq lagi? nah ambik seketoi buat alas perut :-)
Deletesalam mala
ReplyDeleteWaaa mmg gebu sungguh rotinya mala...so lovely!!
wasalam ady ...
Deletemmg gebu ... tq
haa..kita pun dah try roti ni, memang menjadi dan sedap...
ReplyDeleteboleh buat lagi :-)
DeleteKeluar oven panas2....sekejap saja sudah tinggal dulang pembakar...
ReplyDeleteSaya ni asyik buat cekodok aja, huhu...
roti mmg sedap makan masa panas dahsejuk kureng ... at least menjadi cekodok anim. mala buat selalu tak jadi tu yg jarang buat cekodok.
DeleteI like the roti naik very much! Sebab hang bagi tabor cheese, kenalah aku cakap omputeh sikit... Hehe..
ReplyDeletehahaha tergeliat lidah makan roti naik taboq cheese!
Delete