Tuesday, June 25, 2013

rezeki ramadhan



alhamdulillah ... semalam dapat buah tangan dari jiran omani. kurma dan buah limau. jiran oman ni memang ada kebun kurma sendiri kat rumah dia. tahun lepas dapat banyak mampelam. tahun ni tak ada pulak. tak menjadi kot pelam. nak buat apa dengan limau ni pun tak tau. husband kata orang sini buat jus. limau ni macam limau nipis tapi besaq. sapa tau limau apa?

memang dah meriah pokok-pokok kurma kat sini. melandoq-landoq buah kurma. seronok tengok.

oman dah tetapkan tarikh 1 ramadhan bersamaan 10 julai. selamat menyambut ramadhan untuk semua.

18 comments:

  1. Seronoknya duduk sana makan kurma pun fresh from the farm. Limau tu buat air memang sedaplah mala...

    Kakak rasa M'sia mungkin 9 Julai (kalau ikut kalendarlah).

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah kakzakie - kami dapat merasa kurma fresh kat sini. boleh la nanti buat jus limau tu.

      Delete
  2. wahhh seronoknya..dapat laa makan kurma fresh kan..kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe seronok tap bidak2 ni tak reti la makan sebab kurma fresh ada kelat-kelat sikit,

      Delete
  3. Selamat berbuasa untuk Mala & keluarga.
    Dulu pernah jugak jiran bagi buah tangan utk iftar.
    Yg tak tahan tu setiap ptg dia ketuk pintu.
    Segan pun ada.. sbb nak membalas.. masakan kami semua pedas2.
    Mmg meriah rezeki dlm bulan ramadhan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betoi kaksham. jiran ni jugak la nanti bagi juadah berbuka. bukan sepinggan tapi berperiuk satu set bagai. mmg tak habih makan,

      Delete
  4. salam mala
    wahhh!! bestnye dapat buah kurma yg fresh2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam ady.
      mmg teringin sangat nak share kurma ni dgn semua orang kat msia & spore :-)

      Delete
  5. assalam mala
    sedap kurma fresh , limau tu mcm limau manis je, isinya camana ye
    slmt menyambut ramadhan al mubarak

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam saranur.
      selamat berpuasa jugak utk saranur. nanti kita operate limau tu ;-)

      Delete
  6. mala..
    tak dapat trace emel mala..
    mine: hanim_rahmat@yahoo.com.my

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks anim. dah email. mala pun dok godek jugak cari email lama tu tak jumpa lak.

      Delete
  7. seronok sampai tmt org ya kak, pengalaman walopun jauh dr keluarga...=))

    Agaknya kalau dibuat jus mst sedap...Kak Mala cubala..=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah rezeki kami sampai kat oman ni :-)

      Delete
  8. Best tu kurma, segar2 dari ladang...ni baru betul mcm dia org ckp. Limau tu jenis lemon kot Mala.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg betul kurma ni segar dari ladang. mungkin jugak limau ni jenis lemon.

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...