marathon menghabiskan tepung gandum sebelum balik cuti summer. resepi untuk 1kg tepung tapi mala buat separuh ja la. sapa pulak nak makan donut banyak-banyak kalau buat sekilo tepung. baru perasan kasar pulak gula kastor kali ni ...
resepi dari kakbesah
Bahan-bahan ( 55 bj )
1 kg tepung
1 1/2 pkt yis segera mauripan (16g)
2 sb susu tepung
1/2 sb garam
300 gm labu yang telah direbus empuk
3 biji telur besar
1/2 cwn gula
1 cwn rata majerin
gula kastor secukupnya untuk ditabur pada donut
Cara-cara
1. Gaul rata tepung, susu dan yis.
2. Menggunakan pengisar cili, kisar telur dan gula hingga hancur. Campurkan labu rebus, kisar lagi. Jika kental sangat campurlah sesudu dua air suam. Campurkan garam dan majerin, kisar hingga sebati.
2, Campurkan bahan-bahan yang di kisar ke dalam tepung dan uli hingga menjadi satu doh yang kenyal dan licin. Proses menguli lebih kurang dalam 10-15. (tambah sedikit air jika perlu, semasa menguli tadi)
3. Perap doh selama lebih kurang 1 jam. Kemudian gentel bulat doh lalu dileperkan. Susun atas dulang yang telah ditabur sedikit tepung. Rehatkan doh sekali lagi sehingga mengembang.
4. Bila doh mengembang sekali lagi, boleh lah di buat lubang dengan jari lalu digoreng dengan api perlahan hingga masak kedua-dua bahagian. Setelah donut keperangan, angkat dan toskan minyak. Semasa donut masih suam, golek-golekkan ke dalam gula castor.
salam MALA..
ReplyDeletewahhh!!malam2 tayang donut...npk gebu donut tu..
wasalam ady,
Deletebaru 5:44pm kat sini :-) minum petang ..
Alahhhh..
ReplyDeleteTetiba lak rasa lapar.
Walhal dah nak tidur ni.
bahaya makan donut malam2 hehehe
Deleteselalu makan donut kentang..ada labu pulak..
ReplyDeletep/s balik malaysia ke cuti summer ni? mesti best sambut posa kat M'sia
next time tukar ke labu lak
Deletemala sampai msia 4julai
Wah...Mala you memang pandai masak....macam2 jenis kuih muih!
ReplyDeleteAnak2 i memang suka donut.....tapi mak nye tak brape pandai buat.
Kadang2 tak brape menjadi...kurang mengembang!
aduh ... jgn puji. masak tu tak pandai sebab tak minat sangat. tapi suka menerai kuih dan kek yg senang2 ja hehehe
Deletekalau tak kembang tu kadang yis tak brapa elok. mungkin dah lama. kadang suhu bilik tak brapa nak warm. tak naik la doh.
wah....gebu gebas je.....pasti sedap nie...tq kongsi resepi nie....
ReplyDeletelembut donut ni
DeleteAssalam
ReplyDeletedonut labu wah sedap tu
lembut gebus
wasalam haáh mmg lembut donut ni
DeleteWah wah SisMala... GEBUS!!
ReplyDeleteps: Yong sampai sekarang tak lepas lagi berdonut ;-)
hehehe donut gebus takpa jgn orang dia.
Deletelama dah tak dtg cni sbb dah lama tak berblogwalking... gebusnya donut... sedapnye...
ReplyDeletesenang-senang jalan sini ya
Deletennpk sedap dan gebuzz...
ReplyDeleteanak2 suka mkn donut tapi mak nya ni pernah la buat jugak...tak berapa nak menjadi...
tapi habis la jugak dimakannya cuma tak berapa lembut n gebuzz jer...
selalu mala buat tepung 500gm ja. tak brani nak buat 1kg tepung takut tak habih makan
Deletenampak gebu....
ReplyDeletehmm... xpernah wat donut labu....
sama ja mcm donut kentang
Delete