Wednesday, January 5, 2011

roti naik


 resepi dari KR

Bahan A - satukan bahan A dan biarkan yis naik
11gm yis
1/2 cwn air suam
1 sb gula
1 sb tepung

Bahan B
2 sb marjerin planta / mentega cair

Bahan C -  untuk dijadikan sirap gula
1 cwn gula 
1/2 cwn air panas

Bahan D
3 cwn tepung gandum
1 cwn tepung gandum

Cara-caranya
1. Larutkan Bahan C dan biarkan suam.
2. Masukkan 3 cawan tepung ke mangkuk adunan, buatkan lubang ditengah tepung.
3. Campur bahan A, B & C dan uli tepung.
4. Baki tepung yang 1 cawan tadi boleh digunakan sedikit demi sedikit semasa mengguli roti. Buat hingga adunan tidak melekat di tangan.
5. Biarkan adunan naik
6. Setelah adunan naik,tumbuk doh untuk mengeluarkan angin dan bentukkan mengikut citarasa masing-masing dan susun di loyang.
7. Susun di dalam loyang dan biarkan roti naik sekali lagi. (lebih kurang 30 - 40 min)
8. Bakar pada suhu 180'c selama 30 min atau lebih..
9. Keluarkan daripada oven dan sapu marjerin diatas roti.





No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...