Thursday, January 30, 2014

roti hotdog


woohoooo! lama tak jumpa kan ... dok manahan sejuk kat oman ni. lain macam sejuk tahun ni. malaysia pun sejuk jugak kan hehehehe

ni saja la  cuba resepi hotdog bun ni buat bekal sekolah anak. tapi tak la bubuh hotdog sapu tuna saja. bentuk pun tak dapat bentuk roti hotdog. balik malaysia nanti nak cari acuan roti hotdog ni sekali dgn acuan bun burger. acuan macam-macam acuan tapi masuk dapur tak rajin-rajin jugak .... biasa la kan

resepi dari yani

Bahan-bahan ( 6 biji )
160ml air
250g tepung roti - mala guna tepung gandum
1 1/2 sb gula
1 sk garam
1 sb lemak sayur
3/4 sk yis
3 sb susu tepung
1/2 sk bread improver - tambah
1/2 sk bread softener - tambah

Cara-cara
1. Masukkkan semua bahan-bahan mengikut turutan dari atas/bahan basah dahulu ke dalam breadmaker (Cosway). Pilih setting 'Dough' ON kan, tunggu siap.  Kemudian pilih setting 'Bread Dough' ON kan, tunggu siap.  Saja test 2 kali uli ni.
2. Bila dah siap, keluarkan angin. Kemudian bahagikan kepada 6 bahagian. Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 15 minit.
4. Bentuk doh memanjang seperti roti hotdog lebih kurang 13 cm. Susun atas loyang yang telah di glis. - mala susun rapat-rapat
5. Biarkan naik dua kali ganda atau 30C selama 50minit
6. Bakar pada suhu 180C selama 10-12 minit. Biarkan di dalam oven selama 5-10 minit kalau mahukan roti kelihatan lebih perang.

Wednesday, January 1, 2014

cinta bertamu di abu dhabi!!

ewah! tajuk bukan main lagi .. saja nak cerita kami dah jejak ke abu dhabi hujung minggu baru ni. budak-budak tengah cuti winter.

perjalanan dari muscat ke abu dhabi lebih kurang 524 km dengan memandu selama lebih kurang 6 jam. bergantung jugak la kalau banyak kali berhenti dan sesat. kesesakan di sempadan lagi. alhamdulillah trip kami smooth ja :-)

rupa pos kawalan sempadan oman dan uae. dari oman kita keluar melalui pos sempadan Wadi Al Jizzi (Oman) (pos ni khas untuk expat) - 24°13'23"N 56°9'45"E   pandu lagi lebih kurang 30 minit kita akan sampai ke  pos sempadan sebelah uae di Hili  (UAE) - 24°15'45"N 55°46'4"E



ini ialah buraimi gateway. satu landmark yang menarik kita akan lalu untuk ke sempadan uae. gate ni juga sebenarnya sebuah muzuem. ada a few jugaklah gate macam ni kat oman.


alhamdulillah kami sampai di masjid sheikh zayed - 24º24’35.35" N 54º28’36.53" E semasa khutbah sedang berkemundang. rezeki untuk bersolat jumaat di sini. boleh tonton virtual tour di sini


keindahan masjid ni tak payah nak cerita lagi lah. satu dunia dah tahu. jika ke abu dhabi harus lah jejak kaki ke sini.



kami menginap di one to one hotel - the village. lokasi hotel agak jauh sedikit dari corniche. kami pilih hotel ni sebab ada free parking sendiri yang luas. lokasi hotel agak sunyi dan tak sibuk. memandangkan kami drive so tak ada masalah nak kemana-mana. yang penting free wifi :-) 


seperti kebiasaan kalau bercuti ke abu dhabi mesti banyak gambar-gambar bangunan. syurga bagi para arkitek. malas nak upload gambar bangunan kat sini. ferrari world la dan shopping mall yang bersepah dengan gaya rich and famous. kalau nak tengok juga sila google. banyak kat internet. 

mari kita tengok gambar yang jarang-jarang orang pos kalau ke abu dhabi. pasar ikan 24°30'49"N 54°22'29"E ! pasar sayur dan buah 24°31'0"N 54°22'46"E ! souq karpet 24°30'44"N 54°22'49"E!

meriah seafood kat abu dhabi ni. banyak choice. harga tak jauh beza dari malaysia. ni kami pergi pagi-pagi lepas breakfast mee goreng sedap buat sendiri dan bawak bekal tuna sandwich (buat sendiri jugak)  kat hotel :-) lepas asar kami pi lagi market ni ... nanti kita cerita kat bawah sebabnya ...



seronok jalan-jalan tengok suasana pasar buah dan sayur. manggis dan rambutan pun ada yang di import dari thailand. nurseri pokok-pokok pun meriah. belakang nurseri ni pasar iran. segala macam benda ada jual kat sini. periuk sebesar-besarnya. pinggan mangkuk. semua perkakasan rumah la ada kat sini. yang bangunan tu pulak semua kedai karpet. ada tiga deret semua. pilih la kedai mana nak masuk.


jeng! jeng! suka tak? mesti akak-akak suka kan? sila la cuci mata. dalam hati rasa macam nak borong semua. tapi kita setakat cuci mata saja. benda tak di perlukan.



tajin seramik dari china. yang kat atas tu plastik. kayu api pun ada. sesuai ni bawak pi camping. cuba tengok alat bbq tu. siap ada kipas. boleh tempah kat malaysia. cheq beli dua karpet yang ringan dan boleh lipat macam sejadah. karpet kat rumah tak cukup bila ada majlis.


di sebelah petangnya kami pi market lagi sebab ni. rupanya kita boleh beli seafood kat market tu dan hantar ke kedai-kedai panggang kat situ. dia orang akan bakar untuk kita. harga per kilo. kami beli udang sekilo. sedapnya la .... makan kat bus stop. hahaha kat situ tak ada tempat duduk. kedai memang khas untuk panggang dan take away sahaja.


posing sementara menunggu udang siap. opkos orang tak nampak la hehehe


harga petrol di uae. tak banyak beza dengan malaysia tapi lebih kualiti. 1 dirham = 0.89 RM . masa nak balik suhu 12C ... sejuuk la berangin


Tuesday, December 24, 2013

seronoknya kutip kepah!!

tersangat la seronok aktiviti mengutip kepah ni. satu pengalaman buat kami anak-beranak. kepah ni muncul masa musim sejuk. terbenam dalam pasir ketika air surut. tak susah nak cari. korek ja pasir jumpa kepah. nak kepah yang besar kena cari jauh sikit. tapi letih sebab kena lambung ombak. duduk kat pantai sambil korek-korek pun dah dapat kepah.


bawak segala baldi, besen, bakul, gardening tools. siap google cara-cara nak korek kepah. tu yang bawak gardening tools. akhirnya korek guna tangan lagi best.



gelaran abang ni encik nelayan. kemana-mana mesti bawak jala :-)


kepah yang di kutip kena rendam dalam air laut untuk kekalkan kesegaran dia. 


hasil menjala encik nelayan dapat ikan belanak, ikan sebelah .. ketam pun ada. alhamdulillah


kami terus lepak di pantai lepas solat maghrib. berbbq sedikit dengan hasil tangkapan ikan dan ketam yang dapat tadi. kepah ni pulak hasil kutipan dari seorang kakak yang memang tinggal dekat dengan pantai ni. hobi suami (gambar atas) memang menjala ikan di hujung minggu. bertuah sungguh ... memang tak pernah pergi beli ikan.



hasil selama 1 1/2 jam mengorek dan di lambung ombak .. 6kg. berbaloi!


setelah di rendam semalaman. pasir semua dah keluar. timbang dan masukkan dalam beg plastik 1kg setiap satu. nak juga merasa yang fresh. terus masak dengan pasta. yang ringkas saja. minyak zaitun, bawang putih, lada hitam, cili kering dan garam secukup rasa.



Saturday, December 21, 2013

kek minyak kukus



best la kek ni ... suka tesktur dia yang agak padat tapi ringan dan gebu. nak buat pun senang. guna blender saja. gambar tak berapa nak clear. snap malam-malam guna ipad. kamera anak bawak pergi school trip.

resepi oleh kakfida

Bahan-bahan ( loyang 8 x8 / 9x9 )
2 1/2 cwn tepung naik sendiri (300g)
1 cwn susu segar (210g)
3/4 cwn susu pekat manis (200g)
1/2 cwn gula halus (60g)
1 cwn minyak masak
4 biji telur - A
1 sk esen vanilla

**mala tambah
pewarna pink 
esen ros

Cara-cara
1. Ayak tepung ke dalam mangkuk.
2. Masukkan kesemua bahan yang lain ikut urutan ke dalam alat pengisar dan kisar hingga sebati.
3. Tuang bahan yang dikisar ke dalam mangkuk berisi tepung dan whisk hingga sebati.
4. **Adunan dibahagikan dua dan di masukkan pewarna pink dan esen ros  pada satu bahagian.
5. Tuang adunan ke dalam loyang yang disapu minyak dan dialas kertas. Tutup loyang dengan aluminium foil. Kukus selama 45 minit atau sehingga kek masak.

** Adunan boleh dibahagi dua dan bubuh serbuk koko pada satu bahagian.
** Atau dibahagi kepada beberapa bahagian, warnakan dan ditambah perasa ikut suka.

Thursday, December 19, 2013

water aid day


hari ni adam kena pakai serba biru ke sekolah sempena hari water aid. sepatutnya kena pakai serba biru with a swim gear twist. kat sekolah ada la aktiviti menderma dan beli air mineral.

mama tak tau la nak buat lagu mana. so mama yang kreatif ni reka la benda atas kepala tu. 

ambik dua keping paper plate yang keras. potong bulat kat tengah. ambik pulak plastik beg warna biru dan putih. potong panjang-panjang. lekat kat (almost) keliling pinggan (tinggalkan kosong bahagian depan untuk muka). tempek lagi satu pinggan supaya tertutup selekeh lekat-lekat plastik. tarraaaa!! tak tau la apa benda ni. adam tak boleh decide nak pakai dengan goggle atau spek tak dak cermin tu. dia nak tanya cikgu dulu. so bawak dua-dua. tapi dia lagi suka pakai bingkai spek. cool la konon.

dua kali tengok ada macam rupa ni :-)
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

image from google

Monday, December 16, 2013

oh! wahiba ... kami datang lagi

alhamdulillah kami berpeluang sekali lagi ke wahiba sands. perkhemahan satu malam kali ini sangat meriah dengan berkonvoi dalam 2 kumpulan kesemuanya 16 buah kereta, seramai 77 orang.

jamal yang sentiasa setia di wahiba menyambut kedatangan pengujung.
kesemua unta-unta di sini adalah milik orang tempatan. sekiranya terlanggar maka
bersedia lah untuk membayar beberapa ribu riyal oman kepada tuan punya.

setiap kali terpandang jamal (unta) pasti teruja. bagaimana haiwan yang pada mata kasar nampak
sungguh lonely ini mampu hidup di padang pasir yang gersang.

adam dengan gaya ala-ala camel trophy &
 pak arab mundar-mandir di padang pasir :-)

mendaki bukit pasir ini untuk ke kawasan perkhemahan. agak mencabar bagi yang pertama kali mencuba ...
kena naik satu-satu kereta. dah sampai atas baru kereta lain boleh naik.
kalau tersalah langkah kereta boleh ter-reverse  hentam kereta belakang.

pemandangan dari atas bukit pasir nampak kawasan perkhemahan yang agak berselerak.
kawasan yang kurang rata dan banyak rumput. khabarnya baru lepas hujan .

aksi anak-anak di padang pasir. tak ketinggalan mak bapa pun ikut panjat bukit pasir. sangat memenatkan.
semput wa cakap lu :-) budak-budak dengan selambanya boleh naik turun macam naik turun tangga rumah saja.

 cuaca malam tu sangat nyaman. ini kali pertama mala tidur lena semasa berkhemah. 
tidak ada khemah yang terbalik di tiup angin. pasir di sini sangat halus dan lembut. tidur pun sedap saja. 
 
tapi sesudah subuh, mula terasa dingin bila embun pagi makin turun ke bawah. mengikut ramalan cuaca suhu subuh sekitar 15C. sehinggakan bila bercakap pun keluar wap. seronok betul budak-budak main lawan sembur wap. nasib la kalau ada yang tak gosok gigi :-)

sehingga bertemu lagi wahai wahiba .... panjang umur kami mai lagi
in sha Allah

Thursday, December 12, 2013

nyonya butter cake




hari ni (12/12) birthday en. husband. mama pun teringin nak makan kek. kek butter kesukaan ramai menjadi pilihan. wangi ja masa tengah bakar. mala buat separuh adunan guna loyang 6".   pandai-pandai la bahagi dua resepi kat bawah tu ya.

kek tak dan sejuk betoi lagi dah potong. sebab semua dah tak tahan wangi kek ni. dah potong berebut pulak bapa dengan anak yang tepi-tepi garing tu. ada sikit lagi nak bawak bekal pi camping kat padang pasiaq esok. camping lagi!!

resipi dari Chef Ricky Ng via rahel via patyskitchen

Bahan-bahan (loyang 10" x 10")
500g mentega
400g gula kastor
8 biji telur gred A
500g tepung naik sendiri
8 sb susu
2 st esen vanila

Cara-cara
1. Satukan gula dan mentega dalam mangkuk adunan. Pukul sehingga kembang.
2. Tambahkan telur satu persatu. Pukul rata setiap kali menambah telur.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit (3x). Putar perlahan sehingga rata.
4. Akhir sekali tambahkan susu dan esen vanila. Gaul sebati.
5. Bakar dalam oven pada suhu 170C selama 60 minit.

Tuesday, December 10, 2013

autograf!

suka betul dapat autograf dari prof kamil. bukan satu tapi empat! mula-mula ingat nak minta prof autograf buku anekedot madinah saja. tapi dah alang-alangkan. hulur ja semua hehehe

dah selesai kuliah dua malam kat rumah mala, baru la mala selak balik buku ni nak tengok tandatangan prof. bukan setakat tandatangan tapi sekali dengan kata-kata yang istimewa. terima kasih prof ...


pertahankan haji mabrur. ia jihad untuk wanita.
moga bertemu di firdaus seisi keluarga.
solat dan sabar. ingat allah sentiasa. Allah sangat hampir.
ingat Allah. dia maha mendengar.

semoga di rahmati Allah sentiasa
bersyukur saat di uji di autograf oleh prof & roza. 
buku ni dibeli terus dari prof.



selesai kuliah terakhir kami berpeluang merakam gambar kenangan. 
baru perasan anak prof, sofea tak ada dalam gambar. main kat luar kot :-)


Sunday, December 8, 2013

kek gula hangus


salah satu kuih yang mala sediakan untuk kuliah bersama prof kamil. resepi ni sangat sesuai kalau ada yang nak buat meniaga atau majlis keramaian. hasil dia gebu, lembut dan besaq. kira lumayan la hehehe.

resepi dari zairiasrul

Bahan-bahan (loyang 9x9x3)
2 cwn gula
2 cwn air panas
2 sb marjerin - mala guna mentega
1 cwn susu pekat
6 biji telur - saiz B
2 cwn tepung gandum - diayak
2 sb soda bikarbonat - diayak
1 st esen vanila 

Cara-cara
1. Hanguskan gula di dalam non-stick pan. Tuang air panas perlahan-lahan dan kacau sehingga gula cair kembali. Sejukkan
2. Pukul mentega dan susu pekat sehingga sebati.
3. Masukan telur sebiji demi sebiji sambil di pukul sebati.
4. Masukan esen vanila.
5. Masukan tepung gandum dan soda bikarbonat.
6. Akhir sekali masukan gula yang telah dihanguskan tadi. Kacau hingga sebati
7. Untuk mendapatkan kek yang gebu. Perap adunan minimum selama 1 jam (mala perap 4jam)
8. Bakar dalam oven 170C selama 45 minit. Mengikut oven masing-masing.

Monday, December 2, 2013

anekdot madinah


rasanya ramai yang dah baca buku ni. mala baru saja habis baca minggu lepas. beli online ada diskaun 20% dari MPH. hantar terus ke rumah.

baca dalam 3 hari dah habis sebab seronok dan boleh bayangkan suasana madinah. yang boleh cepat habiskan buku ni sebab in sha allah prof ada di muscat hujung minggu ni. ada tiga sesi ceramah. dua darinya di buat di rumah mala. nak la minta prof autograf buku ni kan. so kena la baca :-) sat gi dia tanya kan malu tak baca lagi hehehe

Penulis : Muhd Kamil Ibrahim
Penerbit : Galeri Ilmu
RP : RM45.00


Friday, November 29, 2013

pancake




baru balik dari camping semalam. badan dok sakit-sakit lagi. adam request nak makan pancake untuk breakfast pagi ni. tak sampai hati nak kata tak larat la adam .. lain kali boleh tak? buat la jugak ... 

mala guna egg pan. kuali non stick  yang paling kecik tu. dapat ngam-ngam 7 keping dan saiz lebih kurang sama besar. gebu pancake ni. lain sikit resepi dia. ada cream of tartar dan guna rub in method. selalu guna melted butter. sapa-sapa rajin boleh cuba resepi ni.

resepi dari alongroz

Bahan-bahan ( lebih kurang 8 biji )
115g tepung gandum
1 sk soda bikarbonat
1 sk krim tartar
25g mentega
1 biji telur
150ml tusu segar
1 sb gula
secubit garam

Cara-cara
1. Campurkan tepung, soda dan krim tartar dan di ayak.
2. Rub in mentega sampai berderai macam serbuk roti.
3. Lubangkan tepung di tengah-tengahnya. Gaulkan telur (di pukul dulu sedikit), susu, gula dan garam. Gaul sebati.
4. Tuangkan sesenduk adunan ke atas kuali pancake (mala guna egg pan) yang panas dan di lenser dengan sedikit minyak.
5. Masak sehingga ada buih-buih udara dan tunggu sehingga buih-buih tu pecah baru di terbalikkan.

Monday, November 25, 2013

model 3D keratan sel


ini lah dia hasil dari membuat gam kanji hari tu

pagi ni kena hantar. seminggu jugak la aimi dok pikir macamana 
nak buat benda alah ni. cikgu nak dalam bentuk 3D. 
mama cuma tolong buat rangka dan bagi idea macana nak buat.
yang lain kena la buat sendiri ya. sendiri decide nak buat macamana.

siap saja rangka mala dah tak follow apa yang dia buat. 
biar dia sendiri usahakan. hasilnya not bad pada pandangan mata mama la.

tak tau la apa cikgu dia nak cakap. ambik markah ni ..


yang hijau ni sel tumbuhan


yang ni sel haiwan

Friday, November 22, 2013

teh adani



jom minum teh arab hujan-hujan ni ... kalau nak order teh kat middle east ni kita sebut شاي (shai)tapi dah lama-lama sebut jadi chai

Bahan-bahan
1 batang kulit kayu manis, di patahkan*
3 biji buah pelaga, di pecahkan sedikit*
5 kuntum cengkih*
1/4 st serbuk halia*
3/4 cwn susu segar*
3/4 cwn air *
1 st serbuk teh
gula secukup rasa

Cara-cara
1. Satukan semua bahan* ke dalam periuk kecil  dan panaskan di atas api sederhana.
2. Apabila mula menggelegak masukkan gula dan serbuk teh. Kacau perlahan.
3. Biarkan teh mendidih selama 1-2 minit dan tutup api.
4. Tapis dan sedia untuk di minum.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...