resepi dari technicolorkitcheninenglish via alongroz
Bahan-bahan
125g coklat gelap - cincang
157g mentega tanpa garam - lembutkan
3/4 cwn gula perang
2 biji telur
¾ cwn + 2 sb (125g) tepung gandum
1/8 st baking powder
2½ sb serbuk koko
1/2 cwn Milo
1/2 cwn coklat cip
gula aising untuk di tabur
Cara-cara
1. Panaskan oven 180°C. Lapik tin dengan kertas aluminium - biarkan terlebih panjang dari tin 1". Sapu mentega pada foil.
2. Cairkan coklat dan mentega dengan kaedah double boil sehingga licin. Sejukkan beberapa minit.
3. Masukkan gula dan telur dan kacau sebati.
4. Ayak tepung, baking powder dan serbuk koko ke dalam adunan coklat.
5. Masukkan Milo dan kacau sehingga sebati.
6. Masukkan coklat cip.
7. Tuang adunan ke dalam tin dan bakar selama 30min - jangan terlebih masak.
8. Sejukkan sebelum di keluarkan dari tin dengan mengangkat lebihan kertas aluminium. Setelah sejuk ayak gula aising di atas brownie sebelum di potong.
terima kasih Mala atas doa2
ReplyDeletealhamdulillah
sama-sama .. take care
Deletewow! mcm2 terbau2 je haruman biskut milo tu kat sini.tentu sedap tu
ReplyDeletemmg sewangi satu rmh masa tengah bakat ni. dah tu terlupa pasang kipas sedut asap kat dapur ;-)
Deleterajinnya Mala ber brownies pulak hari ni, akak rajin makan je kalau brownies tunggu permintaan hahaa cantik lah dkt2 boleh jugak amik seketoiii
ReplyDeleteada buat makan2 sikit semalam utk kawan yg dah nak balik msia dan juga sorang kawan yang baru sampai oman.
DeleteAdeeeiiii... pantang nampak brownies.. suka rebut2 dengan anak, tapi maknya tak berapa mahir nak buat!
ReplyDeletesenang ja nak buat brownis ni dari nak buat kek kak amie
DeleteSalam,
ReplyDeletetak pnah buat brownies..makan pnah lah :)
wasalam ...
Deletebudak2 mmg suka brownies ..tak muak
brownies pulak..sure saya akan cuba resepi nie sbb saya suka milo .tumpang copy yea
ReplyDeletesila-sila
Delete