Monday, October 5, 2009

Roll Tapak Kuda



Pagi ni lepas hantar anak ke sekolah terus ke rumah Kak Liza untuk belajar buat kek roll tapak kuda. Dalam sepuluh orang jugak la yang pergi. Kek ni amat di gemari di Brunei. Kalau pergi beraya di rumah orang Brunei tak sah kalau tak ada kek ni selain kek lapis. Terima kasih Kak Liza kerana sudi demo dan sediakan sarapan pagi.


Bahan-bahan (6 - 9 roll)

A - di pukul hingga kembang
10 biji kuning telur
5 biji putih telur
225gm gula castor

B - di ayak
110gm tepung gandum
10gm susu tepung
1/2 sudu makan baking powder (dilebihkan sedikit)

1 sudu makan ovallate (dilebihkan sedikit)
1/2 sudu makan esen vanilla

135gm mentega Golden Churn (cap tong) di cairkan dan di sejukkan

1 sudu makan coklat emulco

1 botol besar Nutella

Cara-caranya agak panjang nak di ceritakan di sini tapi setelah diGooglekan terjumpa video Roll Tapak Kuda ni di YouTube. Boleh la tengok video untuk cara-caranya.



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...