Monday, August 26, 2013

kek marble moist


satu-satunya resepi yang di cuba masa balik malaysia. kek raya untuk mama. untuk mak mertua pun buat jugak tapi belang dia merah dan coklat. gambaq tak sempat ambik :-) best kek ni .. gebu dan lembab.

esok dah start sekolah. jenoh dok pikiaq menu lunch box ......

resepi dari intai dapur via aziekitchen

Bahan bahan
227gm mentega
170gm tepung gandum
170gm gula kaster
5 biji telur dari peti sejuk
3 sb susu pekat
1 sk baking powder
1 sk esen vanilla
1 sb ovalette
3-4 sb serbuk koko -diayak (guna coklat emulco)
pewarna hijau epal - mala tambah

Cara cara
1. Ayak tepung bersama baking powder. Pukul mentega, susu dan esen vanilla hingga kembang.
2. Di dalam bekas lain, pukul putih telur hingga ringan lalu masukkan gula sedikit demi sedikit hingga adunan rata.
3. Masukkan telur kuning sebiji sebiji ke dalam adunan putih telur dan pukul hingga rata. Masukkan ovalette dan adunan mentega dan pukul lagi hingga rata.
4. Akhir sekali masukkan tepung sedikit sedikit dan gaul satu arah. Apabila rata bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan masukkan warna atau emulco pilihan anda.
5. Tuang adunan ke dalam loyang 8 in persegi secara selang seli dimulai dengan adunan asal. Lorek dengan menggunakan chopstick.
6. Bakar pada suhu 180C selama 45 minit atau sehingga masak. Saya guna suhu 170C selama 50 minit.

Nota:
Kalau menggunakan mesin, jangan diberhentikan semasa sedang mengadun. Jika mengunakan tangan, harus pukul lebih lama sedikit kerana adunan mesti kembang dan rata.

Jika menggunakan cara biasa, telur tidak perlu dimasukkan ke dalam peti sejuk kerana ia susah sebati dengan adunan mentega

15 comments:

  1. Selamat hari raya maaf zahir batin

    Skrg kat Malaysia ker?

    Kek mable memang sedap,

    ReplyDelete
  2. Selamat hari raya maaf zahir batin

    Skrg kat Malaysia ker?

    Kek mable memang sedap,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya maaf zahir batin 2 u 2 :-)

      dah balik oman khamis lepas. esok dah start sekolah

      Delete
  3. enak sungguh

    anak dan menantu yg baik ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah sedap kek ni. inshaAllah nak jadi baik sampai bila-bila. mmg suka bawak buah tangan kalau balik rumah mak/mertua.

      Delete
  4. Mekasih share kak..boleh sy buat kawan2 dtg nanti=)

    ReplyDelete
  5. Mala, ada hajat nak berjumpa tapi banyak aralnya. Kita jumpa kat blog nampaknya..
    Salam aidilfitri...harap2 tak terlambat

    ReplyDelete
  6. gebu + lembab??? ai lurveeeeeee!

    ReplyDelete
  7. sedapnyer... tp apsal yer, kalo saya buat kek, mesti tak jadi warna coklat kulit atas dia tu?? ermmm.... mai sepotong nk rasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. oven adik ipar ni function dia api atas bawah. bawah saja tak ada.

      Delete
  8. salam mala
    suka sgt2 dgn kek marble...cantik warna kek marble mala ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam ady,
      boleh cuba ni ady ... berbaloi!

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...