Tuesday, March 9, 2010

stew ayam

masak apa hari ni? minggu depan cuti sekolah. ahad ni nak ke Penang. kita pun nak kena clearkan stok barang-barang kat fridge. masaklah stew ayam yang mudah dan cepat ni. sos tomato & cili pun guna yang paket-paket kecil dari restoran makanan segera. jangan di buang, ada kegunaannya.cuma pastikan tak expire lagi saja... :)



ayam
lobak merah
ubi kentang
bawang besar
tomato

A
kulit kayu manis
bunga lawang
cengkih

B
di kisar
* bawang merah
* bawang putih
* halia

kuib ayam
sos cili, tomato dan tiram
kicap lemak manis

hiasan
daun bawang &sup
cili merah

tumis bahan A & B sehingga wangi dan masukkan ayam. gaul rata dan masukkan lobak merah & kentang. bila dah separuh empuk masukkan kuib ayam dan semua sos. tambahkan sedikit air dan rebus sehingga mendidih. tambahkan sedikit kicap lemak manis untuk mendapatkan warna yang lebih gelap. setelah ayam, lobak merah & kentang empuk masukkan tomato, bawang besar dan cili potong. taburkan daun bawang & sup sebelum menutup api.

ps: happy birthday Aimi!!



2 comments:

  1. boleh la. kena dgn tekak budak2. bila nak balik? hasni dok tunggu2 nak buat bisnes tapi bisnes apa tak tau. ;)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...