Thursday, January 30, 2014

roti hotdog


woohoooo! lama tak jumpa kan ... dok manahan sejuk kat oman ni. lain macam sejuk tahun ni. malaysia pun sejuk jugak kan hehehehe

ni saja la  cuba resepi hotdog bun ni buat bekal sekolah anak. tapi tak la bubuh hotdog sapu tuna saja. bentuk pun tak dapat bentuk roti hotdog. balik malaysia nanti nak cari acuan roti hotdog ni sekali dgn acuan bun burger. acuan macam-macam acuan tapi masuk dapur tak rajin-rajin jugak .... biasa la kan

resepi dari yani

Bahan-bahan ( 6 biji )
160ml air
250g tepung roti - mala guna tepung gandum
1 1/2 sb gula
1 sk garam
1 sb lemak sayur
3/4 sk yis
3 sb susu tepung
1/2 sk bread improver - tambah
1/2 sk bread softener - tambah

Cara-cara
1. Masukkkan semua bahan-bahan mengikut turutan dari atas/bahan basah dahulu ke dalam breadmaker (Cosway). Pilih setting 'Dough' ON kan, tunggu siap.  Kemudian pilih setting 'Bread Dough' ON kan, tunggu siap.  Saja test 2 kali uli ni.
2. Bila dah siap, keluarkan angin. Kemudian bahagikan kepada 6 bahagian. Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 15 minit.
4. Bentuk doh memanjang seperti roti hotdog lebih kurang 13 cm. Susun atas loyang yang telah di glis. - mala susun rapat-rapat
5. Biarkan naik dua kali ganda atau 30C selama 50minit
6. Bakar pada suhu 180C selama 10-12 minit. Biarkan di dalam oven selama 5-10 minit kalau mahukan roti kelihatan lebih perang.

Wednesday, January 1, 2014

cinta bertamu di abu dhabi!!

ewah! tajuk bukan main lagi .. saja nak cerita kami dah jejak ke abu dhabi hujung minggu baru ni. budak-budak tengah cuti winter.

perjalanan dari muscat ke abu dhabi lebih kurang 524 km dengan memandu selama lebih kurang 6 jam. bergantung jugak la kalau banyak kali berhenti dan sesat. kesesakan di sempadan lagi. alhamdulillah trip kami smooth ja :-)

rupa pos kawalan sempadan oman dan uae. dari oman kita keluar melalui pos sempadan Wadi Al Jizzi (Oman) (pos ni khas untuk expat) - 24°13'23"N 56°9'45"E   pandu lagi lebih kurang 30 minit kita akan sampai ke  pos sempadan sebelah uae di Hili  (UAE) - 24°15'45"N 55°46'4"E



ini ialah buraimi gateway. satu landmark yang menarik kita akan lalu untuk ke sempadan uae. gate ni juga sebenarnya sebuah muzuem. ada a few jugaklah gate macam ni kat oman.


alhamdulillah kami sampai di masjid sheikh zayed - 24º24’35.35" N 54º28’36.53" E semasa khutbah sedang berkemundang. rezeki untuk bersolat jumaat di sini. boleh tonton virtual tour di sini


keindahan masjid ni tak payah nak cerita lagi lah. satu dunia dah tahu. jika ke abu dhabi harus lah jejak kaki ke sini.



kami menginap di one to one hotel - the village. lokasi hotel agak jauh sedikit dari corniche. kami pilih hotel ni sebab ada free parking sendiri yang luas. lokasi hotel agak sunyi dan tak sibuk. memandangkan kami drive so tak ada masalah nak kemana-mana. yang penting free wifi :-) 


seperti kebiasaan kalau bercuti ke abu dhabi mesti banyak gambar-gambar bangunan. syurga bagi para arkitek. malas nak upload gambar bangunan kat sini. ferrari world la dan shopping mall yang bersepah dengan gaya rich and famous. kalau nak tengok juga sila google. banyak kat internet. 

mari kita tengok gambar yang jarang-jarang orang pos kalau ke abu dhabi. pasar ikan 24°30'49"N 54°22'29"E ! pasar sayur dan buah 24°31'0"N 54°22'46"E ! souq karpet 24°30'44"N 54°22'49"E!

meriah seafood kat abu dhabi ni. banyak choice. harga tak jauh beza dari malaysia. ni kami pergi pagi-pagi lepas breakfast mee goreng sedap buat sendiri dan bawak bekal tuna sandwich (buat sendiri jugak)  kat hotel :-) lepas asar kami pi lagi market ni ... nanti kita cerita kat bawah sebabnya ...



seronok jalan-jalan tengok suasana pasar buah dan sayur. manggis dan rambutan pun ada yang di import dari thailand. nurseri pokok-pokok pun meriah. belakang nurseri ni pasar iran. segala macam benda ada jual kat sini. periuk sebesar-besarnya. pinggan mangkuk. semua perkakasan rumah la ada kat sini. yang bangunan tu pulak semua kedai karpet. ada tiga deret semua. pilih la kedai mana nak masuk.


jeng! jeng! suka tak? mesti akak-akak suka kan? sila la cuci mata. dalam hati rasa macam nak borong semua. tapi kita setakat cuci mata saja. benda tak di perlukan.



tajin seramik dari china. yang kat atas tu plastik. kayu api pun ada. sesuai ni bawak pi camping. cuba tengok alat bbq tu. siap ada kipas. boleh tempah kat malaysia. cheq beli dua karpet yang ringan dan boleh lipat macam sejadah. karpet kat rumah tak cukup bila ada majlis.


di sebelah petangnya kami pi market lagi sebab ni. rupanya kita boleh beli seafood kat market tu dan hantar ke kedai-kedai panggang kat situ. dia orang akan bakar untuk kita. harga per kilo. kami beli udang sekilo. sedapnya la .... makan kat bus stop. hahaha kat situ tak ada tempat duduk. kedai memang khas untuk panggang dan take away sahaja.


posing sementara menunggu udang siap. opkos orang tak nampak la hehehe


harga petrol di uae. tak banyak beza dengan malaysia tapi lebih kualiti. 1 dirham = 0.89 RM . masa nak balik suhu 12C ... sejuuk la berangin


Tuesday, December 24, 2013

seronoknya kutip kepah!!

tersangat la seronok aktiviti mengutip kepah ni. satu pengalaman buat kami anak-beranak. kepah ni muncul masa musim sejuk. terbenam dalam pasir ketika air surut. tak susah nak cari. korek ja pasir jumpa kepah. nak kepah yang besar kena cari jauh sikit. tapi letih sebab kena lambung ombak. duduk kat pantai sambil korek-korek pun dah dapat kepah.


bawak segala baldi, besen, bakul, gardening tools. siap google cara-cara nak korek kepah. tu yang bawak gardening tools. akhirnya korek guna tangan lagi best.



gelaran abang ni encik nelayan. kemana-mana mesti bawak jala :-)


kepah yang di kutip kena rendam dalam air laut untuk kekalkan kesegaran dia. 


hasil menjala encik nelayan dapat ikan belanak, ikan sebelah .. ketam pun ada. alhamdulillah


kami terus lepak di pantai lepas solat maghrib. berbbq sedikit dengan hasil tangkapan ikan dan ketam yang dapat tadi. kepah ni pulak hasil kutipan dari seorang kakak yang memang tinggal dekat dengan pantai ni. hobi suami (gambar atas) memang menjala ikan di hujung minggu. bertuah sungguh ... memang tak pernah pergi beli ikan.



hasil selama 1 1/2 jam mengorek dan di lambung ombak .. 6kg. berbaloi!


setelah di rendam semalaman. pasir semua dah keluar. timbang dan masukkan dalam beg plastik 1kg setiap satu. nak juga merasa yang fresh. terus masak dengan pasta. yang ringkas saja. minyak zaitun, bawang putih, lada hitam, cili kering dan garam secukup rasa.



Saturday, December 21, 2013

kek minyak kukus



best la kek ni ... suka tesktur dia yang agak padat tapi ringan dan gebu. nak buat pun senang. guna blender saja. gambar tak berapa nak clear. snap malam-malam guna ipad. kamera anak bawak pergi school trip.

resepi oleh kakfida

Bahan-bahan ( loyang 8 x8 / 9x9 )
2 1/2 cwn tepung naik sendiri (300g)
1 cwn susu segar (210g)
3/4 cwn susu pekat manis (200g)
1/2 cwn gula halus (60g)
1 cwn minyak masak
4 biji telur - A
1 sk esen vanilla

**mala tambah
pewarna pink 
esen ros

Cara-cara
1. Ayak tepung ke dalam mangkuk.
2. Masukkan kesemua bahan yang lain ikut urutan ke dalam alat pengisar dan kisar hingga sebati.
3. Tuang bahan yang dikisar ke dalam mangkuk berisi tepung dan whisk hingga sebati.
4. **Adunan dibahagikan dua dan di masukkan pewarna pink dan esen ros  pada satu bahagian.
5. Tuang adunan ke dalam loyang yang disapu minyak dan dialas kertas. Tutup loyang dengan aluminium foil. Kukus selama 45 minit atau sehingga kek masak.

** Adunan boleh dibahagi dua dan bubuh serbuk koko pada satu bahagian.
** Atau dibahagi kepada beberapa bahagian, warnakan dan ditambah perasa ikut suka.

Thursday, December 19, 2013

water aid day


hari ni adam kena pakai serba biru ke sekolah sempena hari water aid. sepatutnya kena pakai serba biru with a swim gear twist. kat sekolah ada la aktiviti menderma dan beli air mineral.

mama tak tau la nak buat lagu mana. so mama yang kreatif ni reka la benda atas kepala tu. 

ambik dua keping paper plate yang keras. potong bulat kat tengah. ambik pulak plastik beg warna biru dan putih. potong panjang-panjang. lekat kat (almost) keliling pinggan (tinggalkan kosong bahagian depan untuk muka). tempek lagi satu pinggan supaya tertutup selekeh lekat-lekat plastik. tarraaaa!! tak tau la apa benda ni. adam tak boleh decide nak pakai dengan goggle atau spek tak dak cermin tu. dia nak tanya cikgu dulu. so bawak dua-dua. tapi dia lagi suka pakai bingkai spek. cool la konon.

dua kali tengok ada macam rupa ni :-)
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

image from google

Monday, December 16, 2013

oh! wahiba ... kami datang lagi

alhamdulillah kami berpeluang sekali lagi ke wahiba sands. perkhemahan satu malam kali ini sangat meriah dengan berkonvoi dalam 2 kumpulan kesemuanya 16 buah kereta, seramai 77 orang.

jamal yang sentiasa setia di wahiba menyambut kedatangan pengujung.
kesemua unta-unta di sini adalah milik orang tempatan. sekiranya terlanggar maka
bersedia lah untuk membayar beberapa ribu riyal oman kepada tuan punya.

setiap kali terpandang jamal (unta) pasti teruja. bagaimana haiwan yang pada mata kasar nampak
sungguh lonely ini mampu hidup di padang pasir yang gersang.

adam dengan gaya ala-ala camel trophy &
 pak arab mundar-mandir di padang pasir :-)

mendaki bukit pasir ini untuk ke kawasan perkhemahan. agak mencabar bagi yang pertama kali mencuba ...
kena naik satu-satu kereta. dah sampai atas baru kereta lain boleh naik.
kalau tersalah langkah kereta boleh ter-reverse  hentam kereta belakang.

pemandangan dari atas bukit pasir nampak kawasan perkhemahan yang agak berselerak.
kawasan yang kurang rata dan banyak rumput. khabarnya baru lepas hujan .

aksi anak-anak di padang pasir. tak ketinggalan mak bapa pun ikut panjat bukit pasir. sangat memenatkan.
semput wa cakap lu :-) budak-budak dengan selambanya boleh naik turun macam naik turun tangga rumah saja.

 cuaca malam tu sangat nyaman. ini kali pertama mala tidur lena semasa berkhemah. 
tidak ada khemah yang terbalik di tiup angin. pasir di sini sangat halus dan lembut. tidur pun sedap saja. 
 
tapi sesudah subuh, mula terasa dingin bila embun pagi makin turun ke bawah. mengikut ramalan cuaca suhu subuh sekitar 15C. sehinggakan bila bercakap pun keluar wap. seronok betul budak-budak main lawan sembur wap. nasib la kalau ada yang tak gosok gigi :-)

sehingga bertemu lagi wahai wahiba .... panjang umur kami mai lagi
in sha Allah

Thursday, December 12, 2013

nyonya butter cake




hari ni (12/12) birthday en. husband. mama pun teringin nak makan kek. kek butter kesukaan ramai menjadi pilihan. wangi ja masa tengah bakar. mala buat separuh adunan guna loyang 6".   pandai-pandai la bahagi dua resepi kat bawah tu ya.

kek tak dan sejuk betoi lagi dah potong. sebab semua dah tak tahan wangi kek ni. dah potong berebut pulak bapa dengan anak yang tepi-tepi garing tu. ada sikit lagi nak bawak bekal pi camping kat padang pasiaq esok. camping lagi!!

resipi dari Chef Ricky Ng via rahel via patyskitchen

Bahan-bahan (loyang 10" x 10")
500g mentega
400g gula kastor
8 biji telur gred A
500g tepung naik sendiri
8 sb susu
2 st esen vanila

Cara-cara
1. Satukan gula dan mentega dalam mangkuk adunan. Pukul sehingga kembang.
2. Tambahkan telur satu persatu. Pukul rata setiap kali menambah telur.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit (3x). Putar perlahan sehingga rata.
4. Akhir sekali tambahkan susu dan esen vanila. Gaul sebati.
5. Bakar dalam oven pada suhu 170C selama 60 minit.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...