Monday, October 31, 2011

si daniel



kelmarin kena babysit daniel sebab mama dia ada kelas. abah pulak nak ke Seksyen 8, Shah Alam untuk ambik buku yang di order online.


usung la si kecik ni ke Shah Alam. perginya tak lama tapi macam nak pi piknik. siap satu bakul penuh barang daniel.

dah lama tak ngusung banyak-banyak barang bila pi berjalan. nasib baik daniel tak banyak karenah masa dalam kereta. kalau pergi jalan memang nombor satu budak ni.

cuma bila dah masuk Shah Alam daniel mula meneran.  aduh! budak-budak dah bising busuk! buka habih tingkap bagi oksigen masuk. hahaha nasib baik dah dekat masuk seksyen 8. sampai saja terus tukar diaper. kalau tak mau pitam semua orang.

daniel dah nak masuk 9 bulan. dah merangkak laju, boleh duduk tapi kadang-kadang tumbang, asyik nak memanjat cuba nak berdiri, pandai tepuk tangan, ada sepasang gigi bawah.  bubur pun masak lembik saja. dah tak payah kisar. suka kunyah-kunyah biskut.

lately bila mak dia hantar rumah pagi-pagi nak pi kerja dia dah pandai tak mau dengan kita. takut kena tinggal. paling merap dengan kakak. pantang nampak kakak.

sat saja dah besar daniel ni. dah pandai macam-macam.

.
.
.
.
ttfn
mala

Friday, October 28, 2011

patin temerloh



semalam mama daniel ada tugasan di Temerloh. sebelum balik dia talipon tanya nak tak ikan patin? aku pun cakap la nak.

dia tanya nak berapa ketul? aku yang tak pernah beli ikan patin ni kata  2 ketul tanpa usul periksa 1 ketul tu sebenarnya separuh ikan.

maka dinner kami berdua semalam ikan patin masak asam tumis tempoyak. rasa dia masam-masam pedas dengan rasa tempoyak. ada daun kesum dan kunyit.

nama yang betoi tak tau lah pulak. anak-anak tak makan sebab kata tempoyak taste weird! resepi dia mungkin sama dengan resepi asam tumis tempoyak dari cmg

aku pun sms la mama daniel kata duit cik patin tu potong saja la dari upah mengasuh daniel. mama daniel pun ketawa dalam sms ... banyak nak kena potong tu!! RM100 maka terkejut beruk la aku yang tak pernah beli ikan patin. tapi tak pa la ... makan sedap punya pasal.

yang paling sedap mama daniel kata tak pe dia belanja. yahoo!!

moral of the story ... tak rugi buat baik sesama jiran dan manusia sejagat  :-)

 3 biji mangga juga dari jiran buah tangan dari Kampar.

.

.
.
.
ttfn
mala

Monday, October 24, 2011

adam's graduation

semalam berlangsung majlis graduasi dan konsert tahunan tadika Adam di Bangunan RISDA Jalan Ampang. Adam satu-satunya anak mama yang graduate kat Malaysia. kakak Alia dan Aimi lulusan obersi hahaha 


tak banyak gambar yang di ambil sebab lighting kat dalam dewan teruk. sound system pun ntah apa-apa. boleh budak-budak tengah syok nyanyi-joget lagu stop. budak-budak pun boleh aik? potong stim.


overall konsert tahun lepas lebih menarik dan menghiburkan.

pentas di hiasi hasil kerja tangan pelajar-pelajar tadika


persembahan aksi ganas tae kwan do. 
acara memecah piring tak dapat buat sebab pentas agak sempit.
piring-piring milik mama is a big NO ok...


posed untuk mama setelah dapat sijil. 
segak aih! hero mama sorang ni

 I paid RM50 for this costume. 
akan di jadikan baju melayu tahun depan :-)
nak kena cari kain yang sama untuk buat baju.

persembahan terakhir lagu Hijau dari Zainal Abidin



Alhamdulillah, pagi ni dah pun selesai buat
bayaran pelbagai untuk Adam di SRK Setiawangsa. 
tahun depan Adam dah masuk darjah 1. sempat ke tak ... ;-)

.
.
.
.
ttfn
mala

Sunday, October 23, 2011

oat waffle


 pagi ni kita breakfast dengan waffle kerana tayang oat waffle ni. guna oat abah yang tersadai lama di dalam tupperware. makan dengan strawberry jam & butter dan sliced cheddar cheese.

 

sumber dari  tun_telani
recipe from allrecipes

Ingredients
1 cup all-purpose flour
1-1/4 cups quick-cooking oats (processed in a blender until finely ground)
4 tsp baking powder
1 tbsp sugar
1/2 tsp salt
2 eggs
1 3/4 cups fat-free milk
2 tbsp canola oil
1 tsp vanilla extract

Method
1. In a bowl, combine the first five ingredients. Combine the eggs, milk, oil and vanilla; stir into dry ingredients just until combined.
2. Pour batter by 1/2 cupfuls into a preheated waffle iron; bake according to manufacturer's directions until golden brown.
.
.
.
.
ttfn
mala

Thursday, October 20, 2011

muffin pandan kurma



made this muffins last two weeks.  *dah habih dah*

di tengahari yang panas ketika sedang membonceng motor cik abang, kedengaran ada orang memanggil Mala! Mala! ah! sudah apa pulak ni!

Oh .. it was my neighbour tengah mengemas pokok-pokok *di tengah panas* depan rumah. she gaved me a bunch of pandan leaves and I made pandan paste out of it. orang bagi kita ambik saja.

tiba-tiba I remember I still have some chopped dates which I used for making steamed cake for raya.*elok lagi OK tak berkutu, berkulat ;-)*

resepi dari rinnchan
sumber cari.com

Bahan-bahan
200gm tepung gandum
1 1/2 sk baking powder
1/2 sk soda bikabonat
1/2 sk garam halus
120gm gula castor
200ml santan kelapa (dalam kotak)
100ml minyak jagung
2 biji telur
*1 sk pes pandan (extra kalau nak lebih hijau)- I used homemade pandan paste
*1/2 sk esen pandan 

Cadangan bahan topping- hirisan almond, kismis, ceri, kurma, coklat cip, coklat rice.

Nota :
Sekiranya tiada pandan paste atau pandan essence, boleh blend 5-7 helai daun pandan bersama 200ml santan di atas dan di tapis.

Cara-cara
1. Panaskan oven pada suhu 190C. Sediakan loyang muffin dan paperliners.
2. Ayak tepung, baking powder, soda bikabonat dan garam halus. Masukkan ke dalam sebuah mangkuk besar. Campurkan gula halus dan kacau rata menggunakan whisker.
3. Campurkan ke semua bahan basah ke bahan kering. Kaup balikkan sekadar kesemua bahan bercampur. Adunan akan kelihatan seakan berketul-ketul sedikit (lumpy).  (I add chopped dates)
4. Isikan adunan ke dalam paperliners hampri penuh dan taburkan kepingan almond di atasnya.
5. Bakar selama 20minit.

Tips: 
Jika mahu muffin naik membumbung dan teksturnya lembut, jangan diputar/kacau adunan terlalu lama. Cukup sekadar bahan kering bercampur dengan bahan basah. Isi adunan hampir penuh dalam paperliners. Selamat mencuba.
.
.
.
.

ttfn
mala

Wednesday, October 19, 2011

broken glass birthday agar-agar


hajat di hati birthday party Adam hari tu nak buat puding kasih bertaut yang so sweeeet tu tapi tak terbuat lah pulak. dia jadi lain lebih kurang la konsep agar-agar ni. :-)

Bahan-bahan
Agar-agar kaca
1 pkt serbuk agar-agar
1L air
250g gula

Cara-cara
1. Sediakan agar seperti arahan pada paket.
2. Bahagikan kepada beberapa bahagian yang dikehendaki mengikut warna pilihan.
3. Sejukkan. Setelah keras bolehlah dipotong dadu.




Bahagian putih
1 pkt serbuk agar-agar
1 kotak kecil santan (boleh tukar pada susu atau soya)
air
gula

Cara-cara
1. Satukan santan dan air sehingga menjadi 1L.
2. Sediakan agar-agar seperti arahan pada paket.
3. Tuang agar-agar ke dalam loyang dan biarkan sehingga hampir pada suhu bilik.
4. Bolehlah ditabur agar-agar kaca. Jika ditabur ketika masih masih panas ia akan mencair dan kurang cantik la resultnya.
.
.
.
.
ttfn
mala

Tuesday, October 18, 2011

cucur bom manis


tea time with cucoq kebabOm!! untuk kanak-kanak riang yang lapaq memanjang! ramai jugak yang dah cuba cucoq ni. macam kak sheila, izahdaut & tun_telani bulat-bulat elok saja cucoq depa. kita punya standard la ... macam-macam bentuk ada. 




Bahan-bahan
1 sdt yis
1 cwn tepung gandum
2 sb gula
3 sb susu pekat manis
secubit garam
air secukupnya
minyak untuk menggoreng

Cara-cara
1. Campurkan yis, gula, susu dan sedikit air. Larutkan  dan biar sampai pekat berbuih.
2. Campurkan campuran yis tadi ke dalam tepung gandum, tambahkan sedikit air, agak-agak macam nak buat jemput-jemput biasa.
3. Perap adunan dalam 1-2 jam bagi mendapatkan sarang yang cantik dan kuih jadi bulat masa menggoreng.
4. Panaskan minyak masak.
5. Sebelum menggoreng, tambahkan secubit garam ke dalam adunan dan goreng hingga keperangan.
.
.
.
.
ttfn
mala

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...