Wednesday, December 29, 2010

black pepper sausage puff





resepi dari rincchan

Bahan-bahan untuk inti
6 batang sosej black pepper
1 biji bawang besar, di mayang kasar
2 ulas bawang putih, dicincang halus
1 sb sos tiram
1 sb cili sos
2 sb serbuk lada hitam kasar
2 sb majerin utk menumis
Secubit garam
Secubit gula
Bijan secukupnya
* 10 keping puff pastry square jenama "kawan"

Cara-cara
1. Panaskan majerin. Tumiskan bawang besar dan bawang putih.
2. Masukkan sosej yg telah dihiris nipis. Tumis hingga agak garing.
3. Masukkan sos tiram dan sos cili. Kacau rata.
4. Masukkan lada hitam, garam dan gula secukup rasa.
5. Angkat dan ketepikan.
6. Sediakan puff pastry. Isikan inti. Taburkan bijan di atasnya. Tutupkan dengan sekeping lagi. Kelar berbentuk "X".
7. Panaskan oven pada suhu 190C.  Bakar hingga puff kembang dan keperangan. 

8. Jika menggunakan oven jenis ada sistem "kipas", boleh "on" kan kipas masa membakar puff pastry. Ini kerana angin panas dari kipas tadi akan membantu puff pastry  naik lagi gebu dan bersarang.





Monday, December 27, 2010

telur dadar dengan lobak masin dan kacang panjang


Bahan-bahan
telur
lobak masin yang didadu
kacang panjang dihiris kasar
bawang besar dihiris
cili dihiris
garam & serbuk lada

Cara-cara
1. Telur dipukul hingga kembang dan masukkan bahan-bahan yang lain.
2. Goreng sehingga garing.





Saturday, December 25, 2010

roti john mini inti sardin



Bahan-bahan
1 pek roll frankfurter - 6biji
3 biji telur - dipukul kembang
1 tin kecil sardin - dibuang sos dan dihancurkan
1 biji bawang besar - dicincang
1 iji cili merah - di cincang
garam & lada
sos tomato/cili
mayonis

Cara-cara
1. Roti dibelah dua (tidak putus)
2. Telur di pukul sehingga kembang dan masukkan sardin, bawang dan cili. Perisakan dengan sedikit garam dan lada.
3. Panaskan kuali leper dan letak sedikit marjerin atau minyak sayuran.
4. Sudukan inti sardin telur tadi ke atas kuali dengan bentuk memanjang seperti saiz roti.
5. Tekapkan roti keatas inti dan ditekan-tekan sedikit.
6. Setelah masa/garing pindah kan ke atas pinggan dan boleh di apu sos tomato/cili dan mayonis.





Thursday, December 23, 2010

asam prawn (tamarind fried prawn)


Ingredients
220g shell-on prawns
1 1/2 tablespoons tamarind pulp
4 tablespoons water
1 teaspoon sugar
1/4 teaspoon salt
3 tablespoons cooking oil

Method
1. Mix the tamarind pulp with 4 tablespoons water. Extract the juice from the tamarind by pressing the pulp.
2. Remove the heads of the prawn. Devein the prawn by slitting the back. Rinse prawn with water and pat dry with paper towers.
3. Add the tamarind juice and pulp, salt, and sugar into the prawn and mix well with your hand. Marinate for 15 minutes. Remove the tamarind pulp before cooking.
4. Heat up a wok and add cooking oil. As soon as it’s heated, drop the prawns into the wok and pan fry until cooked and slightly burnt. Dish out and serve immediately.





Tuesday, December 21, 2010

apam marble

Bahan-bahan
2 biji telur gred A
1 sudu teh ovallate
1 sudu teh esen vanilla
150 g tepung gandum*
1/2 sudu teh baking powder* (*digaul dan ayak)
90 gram gula halus
125 ml santan pekat segar/kotak
Cara-caranya
1. Panaskan kukusan, lenser tin bulat berukuran 8 inci, alas dasar tin dengan kertas minyak. Ketepikan.
2. Putar gula dengan ovallate hingga sebati. Masukkan telur dan putar pada kelajuan tinggi hingga pekat.
3. Perlahankan kelajuan, tuang santan dan esen vanilla, putar rata. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, gaul sebati.
4. Bahagi adunan pada 3 bahagian, letak warna kegemaran pada setiap bahagian tadi. Sudukan secara bergilir-gilir sehingga siap dan lorekkan dengan lidi sekali lalu untuk corak marble.
5. Tutup permukaan tin dengan tudung periuk sesuai atau foil dan kukus selama 30 minit dengan api sederhana. Setelah masak, sejukkan sebentar sebelum dikeluarkan dari tin. Boleh hidangkan.





Sunday, December 19, 2010

nasi lemak harum limau purut




resepi dari ilhamdapur

Bahan-bahan
2 cawan beras - (I used basmathi)
2 cawan santan cair @ ikut sukatan air beras masing-masing
1 sudu besar butter
4-5 helai daun limau purut
1 helai daun pandan - disimpul
1 inci halia - dipotong nipis
1 batang serai - diketuk (I added)
sedikit garam

Cara-cara
1. Cuci beras dan toskan.
2. Panaskan periuk (rice cooker). Masukkan butter dan masak sehingga butter cair.
3. Masukkan daun pandan, kacau sekejap. Kemudian masukkan santan, beras, daun limau purut, halia, serai dan sedikit garam. Kacau sebati dan masak seperti biasa. Bila nasi dah masak, kacau balikkan sekata. Aroma daun limau purut cukup membangkitkan nasi lemak ni.

4. Sedia untuk dihidangkan bersama sambal bilis/udang, telur rebus, hirisan timun atau lauk pilihan mengikut selera.





Friday, December 17, 2010

penang butterfly farm

a recent visit to Penang Butterfly Farm located at Tanjung Bungah. the last time I went there was maybe 15years ago. hehehe.... so much has changed. a place to see if you are on holiday in Penang with the kids.


Tiger Whiskers Flower
Yellow Birdwing on a unique banana plant
Atlas moth
Rajah Brooke's Birdwing
Paper kite / Rice paper
an exotic orchid
leaf insect
horseshoe crab or 'belangkas'


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...