Thursday, December 22, 2011

masak apa hari ni?

 

for lunch cum dinner today.
ikan apatah masak kicap dan kari udang berkobis 
saya masak sekali saja sehari. 
apa untuk lunch itu lah untuk dinner
sampingannya ada sambal belacan (buat stok seminggu)
dan acar ikan kurau member ofis husband bagi :-)

11:15am tadi dah siap masak. 
ini pun dah lewat kalau tak 10:30am dah ready semua.
cuti-cuti sekolah ni lagi cepat masak, lagi cepat budak-budak kat rumah makan.
lagi cepat la depa lapaq balik!

11:30am adam dah jerit nak makan nasi.
11:45am nak pi makan nasi dah ni.

for breakfast this morning
.
.
.
.
ttfn
mala

Tuesday, December 20, 2011

a visit to alor star tower

kalau pi aloq staq jangan lupa naik menara kedua tertinggi di malaysia. 
tapi jaga-jaga sat ni kepala hampa kena putaq! ;-)

sama seperti KL Tower kat atas menara ni pun ada restoran berputar
 D'Saji Skyview baru saja di rasmikan

tiket murah saja
Dewasa RM6.00
Kanak-kanak RM3.00

 anak menakan daniel dan akmal join sekali
sebelum naik main kat playground dulu

aimi sempat kutip bunga


kuat oO angin kat ataih!

 mana adam?

 adam dok sibuk teropong ;-)
.
.
.
.
ttfn mala




Monday, December 19, 2011

the queen returns

credit to : hancinema

currently watching ..
tak sengaja terfollow drama ni.
not bad la story dia. light drama.
3:20pm on KBS World Astro 391
.
.
.
.
ttfn
mala

Sunday, December 18, 2011

puss in boots


pagi tadi kami pi tengok wayang Puss in Boots di TGV Wangsa Walk. abah tak mau tengok wayang, so dia drop off saja kami kat Wangsa Walk. dah habih tengok dia mai join lunch kat Subway.

actually budak-budak nak tengok Alvin and the Chipmunks tapi tiket pagi dah sold out. budak-budak setuju tengok Puss saja lah.

syok cerita puss ni. lawak dengan aksi-aksi kucing menari. cerita ni tentang kisah pokok kacang ajaib. ala ... Jack and the beanstalk tu. tapi dalam ni ada watak Jack & Jill dan Humpty Dumpty sekali.

kami pi tengok ni free sebab abah dia dapat tiket office dia bagi. siap ada 12 tiket dan 2 tiket untuk popcorn & soft drink. alhamdulillah, rezeki cuti sekolah budak-budak ni. tinggal lagi 8 tiket wayang dan 1 tiket popcorn.

adam (tak dak gigi) & Puss from Happy Meal McD
.
.
.
.
ttfn
mala

Friday, December 16, 2011

donut lembut hasue




jom makan donut! bawak kopi/teh sendiri naa ....

resepi dari hasue

Bahan-bahan 
500g tepung berprotein tinggi/ tepung gandum
1 pkt yis segera (11gram)
1 sb (penuh) shortening
2 sb (penuh) gula pasir
2 sb susu pekat/tepung 
1 biji telur
1/2 st garam
gula halus atau topping kegemaran anda
190ml- 200ml air suam kuku (bergantung pada kualiti tepung) 

Cara-cara
1. Di dalam bekas yang agak besar, tuangkan air suam. Masukkan yis segera, gula pasir, susu, marjerin dan shortening. Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.
2. Setelah yis mula berbuih, ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yang dipukul sedikit dan juga garam.
3. Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu (bila dah sebati dikacau satu arah sahaja menggunakan sudu).
4. Ayak lagi tepung selebihnya, gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.- tak perlu habiskan tepung tu kalau adunan sudah boleh diuli.
5. Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan. 
6. Doh tidak perlu direhatkan, (kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min) boleh terus sahaja dicanai setebal setengah inci. Boleh tambah sedikit tepung jika adunan agak lembik ketika ini. Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan. Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dipanaskan dengan api perlahan. Gunakan minyak yang banyak untuk mengoreng. 
7. Setelah minyak agak panas (jgn terlalu panas,nanti donut gorengan pertama agak hangus) perlahankan sedikit api, masukkan donut tetapi jangan terlampau penuh sebab donut ni akan mengembang lagi ketika digoreng (sebab adunan mengandungi telur)
8. Goreng sehingga kekuningan dan toskan. Sedia untuk dhidangkan bersama gula halus atau topping kegemaran.
.
.
.
.
ttfn
mala

Wednesday, December 14, 2011

my anak menakan

anak menakan @ saudara @ buah yang terbaru.

Nur Aleysa Damia
4 bulan

cucu mak tok dan tok wan yang ke 10
cucu perempuan yang ke 4

rambut hitam legam dan lebat. 
sekali tengok macam pakai helmet!

Aleysa terkejut!
kesian budak ni di jadi kan model oleh kakak alia dan kakak aimi
.
.
.
.
ttfn
mala

Thursday, December 1, 2011

from bertam with love

assalamualaikum

online dari Bertam Perdana ni. balik penang naik bus Aeroline. lama tak naik bas. 1st time naik bas double deck. takut pun ada. harga tiket mahal sikit dari bas express biasa. ada jamu makan dan minum sekali. lounge dan toilet pun ada. di KL naik dari Corus Hotel, di Penang turun di Queensbay Mall dan Sg. Nibong.

menunggu seminggu lagi baru husband balik. la ni patah kaki kereta tak dak. tunggu adik free baru boleh jalan-jalan. semalam dapat la jalan ke Sunway Carnival Mall. sebelum ni ke Tesco, pi makan kenduri di Aloq Staq dengan Sik. budak-budak la syok, dapat pi kedai runcit pun jadi depa ni! sementara tu temankan mak dan buat kerja rumah apa yang patut hehehehe lepas ni kita balik Changlun pulak. harap-harap tak banjir ..
.
.
.
.
ttfn
mala

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...