Friday, April 1, 2011

kek coklat moist kukus





resepi dari munirabaharum@KR

Bahan-bahan A: semua bahan digaul sebati dan masak atas api perlahan dan rehatkan apabila telah sebati
1 cwn gula pasir
1 cwn serbuk koko
1 cwn susu cair
1 cwn susu pekat
1 cwn myak masak

Bahan-bahan B: diayak bersama
3/4 cwn tepung gandum
1 sk (sudu kfc) soda bicarbonat
1 sk (sudu kfc) baking powder

Bahan-bahan C:  dikisar
4 biji telur
1 st esen vanilla (tambah)

Cara-cara:
1. Sediakan periuk pengkukus dan loyang di alas kertas dan di sapu minyak. Loyang di panaskan.
2. Satukan bahan B dan C ke dalam bahan A secara berselang-seli dan gaul dengan senduk kayu sehingga sebati dan tuangkan ke dalam loyang. Kukus selama 30 -45 minit bergantung pada saiz loyang. Uji dengan lidi sekiranya adunan kek tidak melekat pada maka kek telah pun masak.
3. Sejukkan kek sepenuhnya sebelum di hias.







6 comments:

  1. oh! sungguh rajin..sangat terkagum ok!

    ReplyDelete
  2. hohoho jgn terpedaya.. sabtu lepaih punya kerja :-)

    ReplyDelete
  3. siap munge tuuu.. ala2 hotel gituuuu :D

    ReplyDelete
  4. as-salam mala
    memang sedappp kek coklat moist kukus tu mala ,jgn cakap anak2 suka, mak/bapa budak pun suka ni....heheheh.

    ReplyDelete
  5. dah lama tak buat kek mcm ni .. dah jemu. lama sekali, buat kena terkam kek tu.

    ReplyDelete