Thursday, August 25, 2011

biskut kacang


the one and only biskut raya yang di buat sebab mama suruh buat. maktok dah tak larat buat biskut raya. kena jaga tokwan dan cucu. resepi ni resepi mama kita. kalau mama yang buat ni dia akan guna minyak kacang. lebih wangi dan sedap. kat KL ni mana nak cari minyak kacang.


sukatan mama bagi ni dapat banyak dan buat sampai patah pinggang. kalau nak buat 500gm semua bahan kena sukat 500gm. bila dah sekilo apa lagi aku pun delegate pada anak-anak dara dan anak teruna suruh sambung buat biskut ni. lepas tu aku baring atas sofa hahaha


Bahan-bahan
1kg tepung gandum
1kg kacang tanah - beli siap di kedai bahan kek
1kg gula kastor - di kurangkan satu cawan
1 botol minyak jagung mazola
1sk garam halus

telur kuning - sebagai glis

penutup pen (cara klasik ni!)

Cara-cara
1. Kacang dan gula di kisar sehingga halus.
2. Satukan tepung, kacang dan garam. Gaul sehingga rata. Garam unutk menaikkan rasa lemak kacang.
3. Masukkan minyak jagung mazola dan gaul rata sehingga boleh dibentuk bulat. Minyak tidak di guna sehingga habis.
4. Buat bulat-bulat susun atas loyang. Tekan dengan penutup pen untuk mendapatkan corak bulat. Sapu kuning telur.
5. Bakar pada suhu 170C lebih kurang 15-20minit. Bergantung pada oven masing-masing. Sejukkan sepenuhnya sebelum di simpan dalam bekas kedap udara.
.
.
.
.
ttfn
mala

Wednesday, August 24, 2011

agar-agar karamel



sejak jumpa resepi ni memang tak buat yang guna telur ;-)

resepi dari firasyira

Bahan-bahan
A - dijadikan gula hangus
2 senduk gula
1/2 cwn air

B - didihkan semua sehingga larut
1 pkt serbuk agar-agar
4 cwn air
2 senduk gula (telah dikurangkan)

C - sebatikan semua dan masukkan dlm B
2 sudu besar tepung kastard
1 tin susu cair
1 sudu teh esen vanilla

Cara-cara
1. Sediakan gula hangus. Tuang dalam loyang.
2. Didihkan B sehingga larut. Sementara tunggu mendidih sediakan C. Kacau sebati sehingga tepung kastard larut dalam susu.
3. Setelah serbuk agar-agar dan gula larut dan mendidih tuang C ke dalam B. Didihkan sekali lagi. Tuang ke dalam loyang berisi gula hangus.
4. Biarkan agar-agar keras dan boleh di simpan dalam peti sejuk.
.
.
.
.
ttfn
mala

Tuesday, August 23, 2011

4th week menu


 apasal pic selalu terbalik macam ni? sapa tau?

untuk minggu ke 4 daniel makan bubur nasi ikan, tauhu dan labu


ni la rupa daniel setiap kali lepas makan
kes berat ni. dah tak boleh buat apa-apa :-)

.
.
.
.
ttfn
mala

Monday, August 22, 2011

sardine roll




resepi dari noorsha

Bahan-bahan ( 27 pcs )
200 gm tepung gandum
100 gm mentega sejuk
air sejuk
secubit garam

Bahan-bahan untuk inti
1 tin besar sardin
1 biji bawang besar - dihiris
* 3 ulas bawang putih
* 5 biji cili api (boleh tambah kalau nak pedas lagi)
1 biji lada merah - dihiris
garam
secubit gula
1 - 2 biji limau kasturi 

Cara-cara
Penyediaan pastri 
1. Ayak tepung gandum bersama garam ke dalam mangkuk.
2. Potong mentega sejuk kepada saiz 1 cm dan masukkan ke dalam adunan tepung.
3. Ramas tepung dengan mentega sejuk sehingga menjadi seperti  serbuk roti.
4. Masukkan air sejuk sedikit demi sedikit dan uli hingga doh licin dan tak melekat di tangan.
5. Balut doh dengan plastic wrap dan masukkan dalam peti sejuk sebelum sediakan inti.

Penyediaan Inti
1. Asingkan sardin dengan sos dan hancurkan.
2. Bahan-bahan bertanda ( * ) ditumbuk halus dan tumis sehingga wangi
3. Masukkan hirisan bawang besar dan tumis bersama hingga layu.
4. Masukkan 3 sudu besar sos sardin yang telah diasingkan tadi. Tumis hingga garing.
5. Masukkan sardin yang telah dihancurkan tadi, lada merah yang dihiris dan perasakan dengan garam, gula dan limau kasturi.
6. Tumis hingga betul-betul garing. 

Cara menyediakan Sardine Roll
1. Canai nipis pastri dan potong kepada sais segi empat tepat (saiz roll terpulang pada citarasa. 
2. Masukkan sedikit inti sardin dan gulung.
3. Susun dalam dulang pembakar dan sapukan permukaan roll dengan kuning telur.
4. Dengan menggunakan hujung gunting, gunting sedikit permukaan roll tadi dan bakar pada 150C lebih kurang 15 - 20minit sehingga kuning keemasan.
.
.
.
.
ttfn
mala

Friday, August 19, 2011

murtabak mini



cuma guna resepi inti. kulit tak larat nak buat ganti dengan kulit pohpia. :-)


resepi dari kakbesah

Bahan-bahan
1/2 kg kentang - potong dadu kecil
1/2 kg daging lembu/ayam - dihiris halus.
7 biji bwg merah*
5biji bwg putih*
sedikit halia muda* ditumbuk
4 sb rempah kari daging - dibancuh dengan semangkuk air.

6 biji telur besar
2 biji bawang besar - potong dadu kecil
sepokok daun sup - dihiris

kulit pohpia

Cara-cara
1. Tumis bahan tumbuk sehingga wangi danmasukkan bancuhan rempah kari. Goreng hingga pecah minyak.
2. Masukkan daging dan secawan air. Apabila daging hampir empuk masukkan kentang. Biarkan hingga kentang empuk.
3. Perisakan dengan secukup garam. Apabila nampak inti sudah kering dan masak. Tutup api dan sejukkan.
4. Campurkan telur, bawang besar cincang, daun sup dan inti yang telah sejuk tadi dan gaul sehingga rata. Ketepikan.
5. Panaskan kuali atas api yang agak kecil. Sapu minyak atas permukaan tutup periuk.
6. Letakkan inti di tengah kuolit pohpia dan lipat menjadi empat segi. Lekatkan dengan bancuhan tepung gandum. 
7. Angkat murtabak mentah itu dengan cermat menggunakan kedua belah tangan dan letakkan atas kuali. Apabila bahagian bawah telah garing, balikkan. Buat sehingga habis.
8. Hidangkan bersama bawang besar cincang dan cuka/ kuah kari/makan begitu saja.
.
.
.
.
ttfn
mala

Thursday, August 18, 2011

mihun goreng tomyam


resepi kaknor ni nampak di rumah ady

sedap jugak. ada kelainan.

Bahan-bahan 
1 bungkus mihun - rendam, bila lembut, toskan
300gm udang
200gm isi ayam
3 ulas bawang putih - diketuk
5 ulas bawang merah - dikisar
2 batang serai - diketuk sedikit
2 kiub perencah tomyam (maggi/knorr)
cili api - bagi yang mahukan lebih rasa pedas
1 biji telur
3 helai daun limau purut - dicarik2kan
sayur kobis - di potong panjang (halus)
lobak merah- dipotong panjang (spt btg mancis) 
2 biji tomato - dihiris nipis
1 mangkuk air - jika ingin mi basah lebihkan sukatan air
daun saderi - hiris sebagai hiasan

Cara-cara
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan serai hingga wangi. Masukkan ayam dan kacau.
2. Masukkan pula bawang merah yang telah dikisar dan perencah tomyam. Goreng sehingga pecah minyak.
3. Masukkan udang dan gorenglah sekejap baru masukkan telur.
4. Masukkan air, garam dan gula secukup rasa. Untuk mendapatkan rasa yang lebih sedap bolehlah dibuat stok udang dengan merebus kepala dan kulit udang yang telah dibersihkan. Masak hingga mendidih dan masukkan sayuran (kobis, lobak merah dan tomato yang telah dipotong) Masukkan juga daun limau purut yang telah dicarik-carikkan .    
5. Bila sayuran dah agak lembut, masukkan mihun tadi dan goreng hingga ramuan sebati dan mihun menjadi lembut (Jika ingin mi yang basah lebihkan air/stok udang) Hidangkan ke dalam pinggan dan taburkan dengan daun saderi yang telah dihiris halus.
.
.
.
.
ttfn
mala

Wednesday, August 17, 2011

3rd week menu



dua minggu lepas daniel asyik berak-berak. orang kata nak ringan badan. betul la... lepas dah berak-berak daniel dah boleh meniarap :-) sekarang asyik-asyik nak pusing meniarap.

untuk minggu ke3 ni daniel akan makan bubur nasi dengan ikan, tauhu dan keledek oren yang di kisar halus.
.
.
.
.

ttfn
mala

Tuesday, August 16, 2011

dadih strawberry


kami buat Ops dadih semalam ;-) guna dadih cap Giant saja tapi dalam dia happy grass jugak :-) why pay more? kan?? kan??

 

gambaq terbalik lagi! ishk!!
.
.
.
.
ttfn
mala

Monday, August 15, 2011

lompat tikam beli


lompat tikam kelantan ni beli sabtu lepaih di bazaar ramadhan setiawangsa. dah lama dok tengok orang juai. teringin sangat nak rasa. tercapai jugak akhirnya.

sedap la! adam dengan aimi pun suka. abah tak sempat rasa dah habis. kakak memang tak minat kuih-kuih macam ni.

yang nak mencuba boleh tengok resepi di myresepi

hujung minggu ni nak beli lagi :-)

.
.
.
.

ttfn
mala

Sunday, August 14, 2011

vege and crabstick springroll


pohpia goreng yang ringkas untuk iftar ke 12.

inti sengkuang, lobak merah, kucai, taugeh dan jejari ketam.

cicah dengan sos cili thai.  

weekend ni  'kitchen closed'
.
.
.
.
ttfn
mala

Friday, August 12, 2011

agar-agar cendol




resepi agak-agak :)

serbuk agar-agar ni 25g. kena masak dengan air 2.5L dan gula 500gm.


serbuk agar-agar bahagi dua untuk dua lapisan agar-agar. kuantiti air pun kena bahagi dua jugak la.

lapisan santan dan cendol: air campur santan dijadikan lebih kurang menjadi 1.25L. masukkan serbuk agar-agar dan didihkan. kacau selalu. masukkan 250g gula dan secubit garam. didihkan dan tapis ke dalam loyang kemudian tabur cendol.

lapisan gula melaka: 1.25L di masak dengan 250g gula melaka. masak sehingga gula larut dan tapis dalam bekas. sudu/sendukkan perlahan-lahan ke atas lapisan santan yang separuh keras.
.
.
.
.
ttfn
mala

Thursday, August 11, 2011

donut kentang sira sambal


alhamdulillah ... dalam sibuk-sibuk babysit daniel masih sempat prepare something untuk famili. this time ada orang tolong uli ... hehehehe Miss BM binti Cosway yang dah dekat sebulan bertapa dalam kotak! sonang rupa nya ...

resepi dari jintanmanis

Bahan-bahan donut kentang
250g tepung gandum
80 gram kentang yang telah direbus dan dilenyek ( lebih kurang 2 biji kentang saiz kecil)
2 sb susu tepung/skim milk
1 biji telur ( dipukul sedikit)
80 - 90ml susu segar boleh ganti dengan air suam - bergantung pada doh
1 1/2 sudu besar marjerin
2 sb gula
4g yis ( 1 1/2 sudu kecil)

Cara-cara
1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut, Uli selama 8 hingga 10 minit. Kalau guna BM, tekan ON dan tunggu je siap, kemudian boleh terus bentukkan.
2. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam.
3.Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dah lubangkan di tengah-tengahnya, seperti bentuk donut. Susun donut di atas dulang dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.
4. Goreng di dalam minyak panas sehingga perang,



resipi dari noorsha

Bahan-bahan untuk sira
15 tangkai cili kering
5 biji bawang putih
1/4 cawan sos tomato
2-3sb gula pasir (kemanisan ikut suka ya)
10 -15 biji Donut yang telah digoreng


Cara-cara
1. Kisar lada kering dan bawang putih dengan sedikit air dan tumis hingga garing.
2. Masukkan gula dan sos tomato. Gula terpulang pada citarasa samada manis atau tidak. Boleh di tambah lagi jika nak manis,
3. Kacau lagi hingga tumisan kering dan garing sekali lagi. Kecilkan api dan buang lebihan minyak yang terhasil semasa menumis tadi.
4. Dengan api yang paling kecil, kacaukan donat dengan sambal. Teruskan kaedah kaup balik hingga sambal melekat pada kuih.
5. Matikan api dan sedia dihidang.
.
.
.
.
ttfn
mala

Wednesday, August 10, 2011

sagu gula melaka



dessert ni memang time puasa saja terasa nak buat. dessert setahun sekali :-)

nampak kakjee buat teringin pulak. sagu pulak ngam-ngam tinggal secawan. sirap ula melaka ada baki lagi dalam fridge. tinggal nak masak sagu saja. selalu makan dengan santan. kali ni guna susu cair.  sedap ...

resepi dari kakjee

Bahan-bahan
1 cwn sagu biji
4 cwn air

gula melaka - dijadikan sirap

susu cair (evaporated milk)

Cara-cara
1. Masak gula melaka dengan sehelai daun pandan sehingga melegak dan gula cair. Sejukkan. Kemudian rendam satu cawan sagu selama 20 minit.
2. Sementara itu, jeranglah empat cawan air di dalam periuk. Apabila air mendidih, toskan sagu yang telah direndam tadi. Masukkan cepat-capat ke dalam periuk air mendidih itu sambil di kacau perlahan-lahan sehingga sagu nampak jernih.
(tidak nampak mata ikan pada sagu).
3. Tuangkan ke dalam bekas-bekas comel yang ada. Setelah sejuk dan keras, tuangkan susu cair keatasnya dengan diikuti gula melaka.
.
.
.
.

ttfn
mala

Tuesday, August 9, 2011

onde-onde aka buah melaka


alhamdulillah, petang semalam sempat gentel buah melaka untuk iftar. resepi dari buku chef hanieliza. saja tambah sikit (terlebih sebenaqnya) pewarna merah bagi ceria.




Bahan-bahan
2 cwn tepung pulut
1 sb tepung gandum
1 cwn air pandan (3helai daun pandan)

2 ketul gula melaka didadu kecil - inti

1/2 biji kelapa muda parut (ambil bahagian putih sahaja) - dikukus bersama sedikit garam

Cara-cara
1. Bancuh tepung pulut dan tepung gandum dengan air pandan sedikit demi sedikit hingga adunan boleh digentel.
2. Ambil sebesar ibu jari dan leperkan.
3. Masukkan gula melaka di tengahnya dan tutup semula. Bentukkan seperti bebola.
4. Panaskan air hingga mendidih. Masukkan bebola pulut tadi.
5. Apabila kuih timbul, boleh diangkat dan toskan ke dalam tapisan.
7. Golekkan kuih dengan kelapa parut yang bercampur sedikit garam dan hidangkan.
.
.
.
.
ttfn
mala

Monday, August 8, 2011

2nd week menu


daniel seorang bayi yang suka makan! hehehe untuk minggu kedua kita buatkan bubur ayam dengan bayam dan labu.  macam biasa dah masak kita kisar halus dan simpan dalam bekas-bekas kecil untuk single serving
.
.
.
.
ttfn
mala

Sunday, August 7, 2011

burger malaysia



semalam punya, habih dah! tak dapat rasa pun. buat kecik-kecik dapat 10 biji. bagi jiran sorang sikit yang lain budak-budak dengan bapak budak perabih ...

resepi dari yani

Bahan-bahan ( 8 biji )
200g tepung gandum *
140ml susu/ air *
2 sb mentega/margerin *
2 1/2 sb gula halus *
1/2 sk garam *
2 sk dry yeast *

minyak untuk menggoreng

Inti
- sambal ikan bilis
- timun

Cara-cara
1. Masukkan ke dalam mangkuk bahan-bahan (*). Uli sehingga tak melekat kat tangan. Buat bulat besar. Biarkan kembang 2 kali ganda.
2. Lepas tu , tumbuk-tumbuh doh roti tadi untuk keluarkan angin. Kemudian bahagikan kepada 8 bahagian. Buat bentuk bulat.
3. Biarkan naik 2 kali ganda lagi. Kemudian goreng dalam minyak yang sederhana panas sehingga kekuningan.
4. Belah 2 roti yang dah masak tapi jangan sampai terputus. Isikan dengan sambal bilis dan juga timun yang dihiris nipis-nipis.
.
.
.
.
ttfn
mala

Friday, August 5, 2011

kuih lompang




alhamdulillah - iftar hari ke4 hantaq kuih lompang dapat bubur kacang durian, coq udang dan pudng oreo dari jiran-jiran ...

resepi dari linda@perth

Bahan-bahan
1 1/2 cwn tepung gandum
1/2 cwn tepung ubi

1/2 cwn gula merah
3/4 cwn gula pasir
3 cwn air
daun pandan disiat dan simpul

2 sudu makan kicap lemak manis

kelapa parut putih dan sedikit garam

Cara-cara
1. Satukan gula merah, gula pasir, daun pandan dan air. Panaskan sehingga gula larut. Sejukkan
2. Satukan tepung gandum, tepung ubi, kicap dan larutan air gula yang telah disejukkan.
3. Kacau hingga sebati dan tepung tidak berketul-ketul. Boleh juga di kisar dan tapis.
4. Tuang dalam acuan kuih lompang yang telah di sapu sedikit minyak.
5. Kukus selama 10 minit dan hias dengan kelapa parut yang telah dikukus bersama sedikit garam.
.
.
.
.
ttfn
mala

Thursday, August 4, 2011

chocolate-bottom banana squares



dessert on 3rd ramadhan. thanks to my neighbour shikin for the banana


recipe from heartybakes

Ingredients                                                                              
1/2 cup butter -113g (softened)
1 cup sugar ( reduced to 3/4 cup)
1 egg (lightly beaten)
1 tsp vanilla
3 medium ripe bananas (mashed)
1 1/2 cups flour
1 tsp baking powder
1 tsp baking soda
1/2 tsp salt
1/4 cup cocoa powder 
1 cup chocolate chips

Method
1. Line the base of a 8” square baking pan (removable base) with baking paper.
2. Sieve flour, baking soda and baking powder, add in salt and set aside.
3. In mixing bowl, cream butter and sugar till light and fluffy.
4. Drizzle in the eggs, vanilla and mashed bananas, beating thoroughly.
5. Add in flour mixture and mix it well.
6. Divide the batter into half. Add the cocoa powder to one portion of the batter. Spread cocoa batter in the baking pan then followed by another half of plain batter. Smooth the top.
7. Sprinkle top with chocolate chips.
8. Bake at pre-heated oven at 180c for 30mins or test batter done with a toothpick or fork.
9. Cool and cut into squares to serve.
.
.
.
.
ttfn
mala

Wednesday, August 3, 2011

baby daniel 1st solid food


alhamdulillah .... 

daniel dah mula  makan bubur nasi sejak kita berpuasa isnin lepas. sebagai panduan hendak lah kita bagi makanan yang sama selama  4 hari berturut-turut. ini untuk mengenal pasti sekiranya bayi ada alahan terhadap sesuatu bahan. 

bayi juga di beri makan sehari sekali unutk minggu pertama bagi membiasakan perut dengan proses penghadaman. takut sembelit pulak. kalau sesuai dan tak ada masalah boleh mulakan dua kali sehari.

unntuk minggu ni daniel makan bubur nasi, ayam, lobak merah dan kentang. masak semua sehingga menjadi bubur dan kisar halus. simpan dalam 'Tupperware' yang kecil-kecil sesuai untuk satu hidangan dan bekukan.
.
.
.
.
ttfn
mala


Tuesday, August 2, 2011

agar-agar served with longan and syrup


alhamdulillah ..... a simple dessert for iftar on the 1st of ramadhan.


Ingredients
12g agar-agar strips (cut 1" and soak in water till soft)
250g rock sugar
water - fill up the agar-agar plastic packaging with tap water
strawberry essence - optional
red food coloring

1 can of longan in heavy syrup

Method
1. Boil the soft agar-agar with rock sugar until both dissolved.
2. Add essence and coloring and let boil again.
3. Strain into preferred small mould or tray. Let the agar-agar harden and keep chill in the fridge. If using tray cut the agar-agar into desired sizes
5. Serve the agar-agar with longan and the syrup.
.
.
.
.
ttfn
mala

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...